Membangun Umat Beragenda

Tuesday, 24 September 2013

Pernah dengar tentang Lawrence of Arabia ?


Kepada yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah agen British yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyah sekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah dan King Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab.

Jika pihak tuan dan puan menonton filem Lawrence of Arabia dan mengkaji sejarahnya, kita akan dapat lihat golongan seperti ini sanggup berpura-pura berbaik-baik dengan orang Islam dan sanggup untuk menyerupai orang Islam demi menjayakan agenda keji mereka. Malah Lawrence juga seorang fasih berbahasa arab. Dia juga berperang bersama Emir Faisal untuk menentang tentera kerajaan Uthmaniyah. Dan natijahnya, kita lihat bahawa negara arab berpecah kepada banyak negara dan luka itu sehingga sekarang masih belum mampu untuk disembuhkan. Moga kita mampu untuk mengambil iktibar daripada kisah kisah seperti ini dalam merencana hidup kita. Wallahualam.

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من وليّ ولا نصير
"Dan sekali-kali tidaklah ridha terhadap engkau orang-orang Yahudi dan Nasrani itu, sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah, itulah dia yang petunjuk. Dan sesungguhnya jika engkau turuti kemauan-kemauan mereka itu, sesudah datang kepada engkau pengetahuan, tidaklah ada bagi engkau selain Allah akan pelindung dan tidak pula akan penolong." 
(Al Baqarah :120)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." (Riwayat Bukhari & Muslim)

0 comments:

Post a Comment