Membangun Umat Beragenda
Showing posts with label Perjalananku. Show all posts

Monday, 14 October 2013

1. Umat Islam harus peka dengan isu “pengunaan kalimah Allah” oleh akhbar kristian Herald kerana ia (bukan) semata-mata penggunaan kalimah tetapi boleh jadi ada kaitan dengan program kristianisasi.

2. Ada perbezaan dengan orang kristian menyebut Allah seperti dalam ayat “kalau kamu tanya mereka siapa yang mencipta langit dan bumi, nescaya mereka menjawab Allah” dengan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan yang mempromosi akidah trinity. Ayat itu menegaskan mereka mengakui kebenaran ketuhanan Allah tetapi menjadi kafir dengan menyekutukanNya dengan benda lain. Dengan erti kata lain mereka akan mengatakan bahawa Allah ada tiga. Bukan soal Allah siapa punya, tetapi adalah soal kebenaran, Allah sendiri tidak menerima dirinya disifatkan sebagai tiga. Bahkan orang yang menyifatNya begitu dianggap kafir dan dikutuk.

3. Tindakan KDN merampas akhbar tersebut yang menggunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang syarie berdasarkan masalih mursalah iaitu untuk menjaga agama.

4. Dan tindakan melontar bom petrol ke gereja susulan kepada isu protes penggunaan nama Allah adalah satu tindakan yang meragukan. Siapa yang mendapat faedah dari perbuatan tersebut. Saya lihat ia lebih menguntungkan pihak gereja. Justeru saya berharap pihak polis agar membuat penyiasatan terperinci bagi mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab.

5. Jika ia memang dilakukan oleh orang Islam yang jahil dan ikut emosi, maka ia perlu dinasihat dan diajar tentang kaedah dakwah yang betul. Saya tidak membayangkan orang itu pengikut mana-mana organisasi yang makruf, sebab ia satu perbuatan yang bercanggah dengan ideologi mana-mana NGO Islam yang ada.

Saturday, 21 September 2013

Bagi saya keikhwanan sebagaimana kata al-Banna sendiri dan disebut-sebut dalam pengajarannya diukur pada kadar iltizam dengan manhaj fikri dan amalinya.

Dari segi manhaj fikri -mudah cerita- lihat pada manhaj tarbiah yang dipakai oleh satu-satu jamaah tu, dia pakai manhaj ikhwan atau tidak? Atau dia hanya pilih-pilih dari manhaj ikhwan sahaja apa yang sesuai?

Dari segi amali, lihat pada gerak kerjanya samada mengikut maratib amal atau tidak?

Adakah dia laksanakan risalah taklim (dari segi faham, maratib amal dan sebagainya) sepenuhnya atau tidak?

Saya perhatikan ada di antara pengulas menulis lebih kurang maksudnya oleh kerana Ikhwan masuk pilihan raya, HAMAS masuk pilihan raya dan kita pun masuk pilihan raya, maknanya kita sama.