Membangun Umat Beragenda
Showing posts with label Fauzi Asmuni. Show all posts

Sunday, 13 October 2013

Sumber rujukan bagi orang Islam hanyalah Al-Quran dan Hadis. Ada disiplinnya untuk menafsirkan kedua sumber ini.

Nak qias hukum yang ada dalil dengan yang tidak ada dalil, kuasailah disiplin qias. Bukan semua benda yang nampak sama maka hukumnya juga sama.

Nak kata maslahah pun kena sandar pada dalil. Ada orang suka sangat perluaskan penggunaan masoleh mursalah. Masoleh mursalah pun sekurang-kurangnya kena buktikan tidak ada dalil melarang. Kaji dalil jugalah maknanya.

Nak cakap bab maqasid, pun mesti sandar pada dalil. Maqasid pertama, menjaga agama ... penafsirannya mesti juga bersandar pada dalil. Nak tambah maqasid jadi 7 atau 8 atau berapa lagi, ilmu kena setanding dengan jumhur ulamak yang hadkan maqasid pada 5 @ 6 lah. Kalau Bahasa Arab tak setara mana, Quran pun baru khatam beberapa kali ... macam mana nak bercakap bab maqasid?

Fungsi akal meneliti nas, bukan menentukan buruk baik sesuatu. Jangan jadi Muktazilah di zaman moden ni. Hanya Muktazilah yang berpegang kepada pendapat tansin wa taqbih aqli. Ahlu sunnah menolak metod itu.

Sunday, 29 September 2013

Walau pun begitu, kelemahan pimpinan yang ada tidak mengharuskan sama sekali dinaikkan pimpinan orang bukan Muslim memegang wilayah ammah dalam negara. Keadilan orang bukan Islam tidak sama dengan nilai adil yang dikehendaki oleh syarak. Iraq di bawah Amerika tidaklah lebih baik dari Iraq di bawah Saddam Husein.

Allah berfirman yang bermaksud:
ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا
…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” (An-Nisa, 4:141)

Berhubung ayat di atas, al-Nabhani berkata:
Pemerintahan adalah cara paling kuat untuk pemerintah membinasakan orang yang di bawah pemerintahannya. Apabila Allah mengungkapkan ayat itu dengan perkataan ‘lan’ yang memberi erti selama-lamanya, ia turut memberi makna larangan yang pasti daripada melantik seorang kafir ke apa-apa juga jawatan pemerintahan samada khilafah atau selainnya” (Profesor Dr Mahmud al-Mardawi, 1987)

Manakala faktor kelemahan umat Melayu Islam di Malaysia di dalam mempertahankan haknya, jika itu memang sifat semulajadinya, maka alangkah malangnya umat kita apabila mereka lupa bahawa dulunya mereka adalah penguasa agong di satu daerah kuasa yang besar. 

Tetapi jika disebabkan masing-masing termakan diayah kelompok bukan Islam dan berasa taajub dengan keikhlasan mereka terhadap negara, lalu terpecah-pecah sehingga hilang keyakinan diri dan kagum kepada yang orang lain, maka di sini lebih-lebih lagi kita perlu bertegas bahawa wilayah ammah mesti dipegang oleh orang Islam.

Apabila kelompok bukan Islam berjaya memecahkan kesatuan umat Islam yang merupakan majoriti, itu menunjukkan kepada tabiat kelompok bukan Islam tersebut. Kelompok seumpama itu tidak akan sesekali membela maslahah umat Islam apabila mereka memegang wilayah ammah kerana di kala mereka tidak mempunyai kuasa pun mereka cuba tanpa segan silu menjatuhkan umat Islam. Apa jaminan jika kelompok yang begini tabiatnya akan membela maslahah umat Islam apabila mereka memegang tampok kuasa?

Ini agaknya yang menjadi kehairanan Dr Mahmud al-Mardawi apabila beliau mengulas mengenai fenomena naiknya golongan minoriti bukan Islam ke puncak kekuasaan:
Golongan minoriti pada hakikatnya adalah minoriti. Bagaimana boleh digambarkan bahawa golongan minoriti boleh sampai ke puncak kekuasaan mengalahkan golongan majoriti Islam dalam sistem demokrasi. Ini tidak berlaku kecuali jika mereka telah berusaha memecah belahkan golongan majoriti Islam menjadi berpuak-puak yang saling bermusuhan, lalu dengan itu naiklah golongan minoriti” (Dr Mahmud al-Mardawi, 1987)

Selain dari Jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, suara Islam di dalam Parlimen juga penting untuk dijaga agar sebarang keputusan yang dibuat tidak akan bertentangan dengan maqasid syarak. Dengan itu demi menjaga maqasid syarak, Parlimen perlu sentiasa dalam setiap penggal dipenuhi dengan majoriti Muslim. Suara Islam mesti bersatu dalam memutuskan sesuatu cadangan agar tidak menghancurkan maqasid syarak. Di antara yang asas perlu dipertahankan adalah seperti kedudukan istimewa Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Yang Dipertuan Agong. Jangan sesekali berlaku suara Islam berbelah bagi sehingga memberi ruang kepada bukan Islam untuk memaksakan pendapat dan cadangannya kepada negara.

Thursday, 26 September 2013

Hukuman kepada 'murtad' Kristian pada tahun 1555 di Oxford dan tempat-tempat lain di Eropah
  • Isunya bukan disebabkan mereka "murtad", maka mereka dibakar.
  • Zaman itu merupakan zaman feudal; gereja dan istana berkongsi kuasa dan menjadi tuan tanah. Majoriti rakyat pula menjadi 'hamba di tanah sendiri'.
  • Berfikir merupakan jenayah pada zaman tersebut kerana ia akan mengubah status qou.
  • Kerana ingin mengekalkan kuasa (gereja dan tuan tanah), maka orang cerdik dibakar.
  • Bible sudah menjadi kitab rujukan sains dan geografi.
  • Sesiapa yang membuat teori baru maka dia dianggap melawan kalam tuhan lalu dianggap "murtad".
  • Agama Kristian pada zaman tersebut sudah tak betul, kemudian orang yang memberi idea baru pula, tidak betul juga.
  • Jadi (situasinya) orang yang pegangan hidupnya tidak betul, membakar orang yang memberi idea yang tidak betul.

Itu masalah Eropah. Orang Kedah kata 'lantak pi la'. Mengapa pula kita nak kaitkan dengan JAIS / (masalah) kristianisasi di Malaysia dan lain-lain?

Ekstrimisme Gereja
  • Jangan samakan ekstrimisme gereja atau paderi Eropah silam dengan JAIS atau ulamak yang melaungkan isu murtad. Nampak sangat tidak cerdik apabila kedua-duanya disamakan.
  • Gereja mempunyai kuasa dan mahu mengekalkan kuasa dan harta mereka dengan cara menghalang idea baru.
  • (Berbeza dengan gereja) JAIS dan ulamak-ulamak ni, apabila melaungkan isu murtad, ada kemungkinan mereka akan menjadi orang miskin.
  • Dan orang yang murtad ni pula, mereka bukannya membawa idea baru, tetapi menjadi mangsa cinta palsu. Tunjukkan mana-mana orang murtad yang datang dengan falsafah dan idea yang meng'wow'kan orang yang mendengarnya. Orang yang murtad ni tiada idea apa-apa. Fikiran kosong dan tiada falsafah hidup.
  • Jadi kita bukan menghalang kebebasan berfikir untuk disamakan dengan tindakan gereja Eropah. Yang kita mahu halang ialah usaha memperdaya orang Islam sehingga keluar dari agama.

Selepas Sedikit Suntingan

Tuesday, 24 September 2013

Islam agama hujah dan dialog sahaja? Ini lagi pelik. Bagaimana dia boleh berfikir sebegitu? Mengapa ada jihad dalam Islam? Mengapa orang murtad diperangi pada zaman Abu Bakar r.a.? 

Apabila orang berhujah, kita berhujah la. Apabila orang pakai tipu daya, takkan kita mahu ikut protokol dan skema? Apabila orang mengangkat pedang, adakah kita akan mengangkat pen? Tindakan balas mesti setara dengan serangan. 

Contoh tindakan keras Nabi tanpa dialog

1. Kisah pembunuhan Kaab bin Asyraf, seorang kepala Yahudi di Madinah. Cuba ikhwah baca kisah Nabi menghantar sahabat untuk membunuh Kaab secara senyap. Sudah  tiada hujah-hujah di situ.

2. Pengisytiharan Nabi saw selepas perang Khandak: "Al'an naghzuhum wa la yaghzuna", "Sekarang kita yang akan serang mereka dan bukan lagi mereka yang memulakan serangan ke atas kita". Cuba baca sirah dan selami kata-kata pengisytiharan itu.

Saturday, 21 September 2013

Qaedah sulbah adalah satu istilah merujuk kepada sekelompok manusia yang menjadi tulang belakang kepada umat Islam. Mereka akan bersama umat dalam kegembiraan dan kedukaan umat. Mereka mengorbankan segala yang mereka miliki untuk umat. Masa depan umat adalah masa depan mereka. Jiwa mereka tulus dan suci. Mereka ikhlas di dalam perkataan dan perbuatan. Mereka tidak memandang dunia sebagai matlamat hidup. Mereka membawa diri mereka menghampiri Allah dengan bertaabud kepadanya melalui segala amal baik mereka dan segala sumbangan mereka kepada umat. Nasib umat terletak di tangan mereka. Pencerobohan musuh tidak akan berjaya selagi mereka ada.

Bagaimanakah proses melahirkan qaedah sulbah ini?
Mereka tidak akan datang dari aktiviti tarbiah di bawah bumbung-bumbung dan di dalam bilik-bilik yang tertutup. Tetapi mereka datang dari medan dakwah yang mereka berada di dalamnya. Medan itulah yang akan melahirkan mereka dan yang akan mengasingkan mereka dari pendakwah-pendakwah yang tidak tulin.

Apa yang kami nukilkan di sini tidak bermaksud bahawa kami memperkecilkan isu tarbiah. Ramai pihak yang mengetahui bahawa kami mengambil berat isu tarbiah lebih dari orang lain.

Apa yang kami ingin ungkapkan di sini adalah kesempurnaan proses tarbiah itu sendiri sebenarnya tidak akan berlaku jika kita menghadkan aktiviti tarbiah tanpa penglibatan di dalam medan dakwah. Kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. menunjukkan kepada kita bahawa ia bukanlah dua perkara yang berasingan; yang pertama mendahului yang kedua. Tidak juga menunjukkan bahawa sesiapa yang lama ditarbiah akan lebih thabat bila masuk ke medan dakwah. Medan akan menyempurnakan tarbiah dan mengujithabat seterusnya melahirkan qaedah sulbah.

Kami juga tidak bermaksud dengan kefahaman yang sedikit maka pendakwah mesti terus terjun ke medan dakwah yang luas; apa juga bentuk dan saiz medan tersebut.

Membuka medan dakwah kepada pendakwah mesti dilakukan secara beransur-ansur berdasarkan tahap kemampuannya. Ia adalah perkiraan yang sukar dilakukan oleh kita. Tetapi kesukaran tersebut tidak seharusnya membawa kepada satu pendekatan mudah yang dilakukan oleh sebahagian pendakwah iaitu membuka terus medan dakwah kepada segala jenis pendakwah tanpa mengambil kira kemampuan dan kesesuaiannya. Bacaan dari sirah juga tidak menyokong pendekatan ini. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Abu Bakar r.a. tidak mampu dimainkan oleh orang lain. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Dihyah al-Kalbi r.a. tidak mampu dimainkan oleh sahabat-sahabat besar. Begitulah seterusnya kita dapati satu persatu penugasan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dilakukan dengan cukup teliti.

Semoga dengan tulisan ini dapat membawa kita kembali meneliti bentuk pentarbiahan yang kita lakukan. Moga apa juga aktiviti tarbiah itu tidak akan menjadi penghalang kepada sampainya kebaikan yang kita miliki kepada umat Islam dan seterusnya menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada masalah umat.

Thursday, 19 September 2013

Kontrak Sosial dan Ketuanan Melayu dalam Struktur Kenegaraan Malaysia: Sikap dan Pendirian Gerakan Islam

Kenapa Melayu Menerima Kontrak Sosial?
Syarat Paksaan kepada tawaran kemerdekaan
Pembesar Melayu rasa ianya lebih adil setelah mereka dipaksakan dengan Malayan Union

Adakah Masih Ada Hak Melayu dalam Kontrak Sosial?
  1. Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia
    • Perkara 3 Fasal (1)
      • Islam agama persekutuan
      • Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama di peringkat persekutuan dan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (termasuk Wilayah Persekutuan)
      • Sultan-sultan ketua agama di peringkat negeri
    • Perkara 11 Fasa (1)
      • menjamin kebebasan beragama (hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing dengan aman)
    • Perkaran 11 Fasal (4)
      • Mengawal dan menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan beragama orang Melayu serta mengadakan undang-undang bagi peruntukan kewangan bagi penubuhan institusi-institusi Islam atau apa sahaja berkaitan dengan agama Islam
  2. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
    • Perkara 152 Fasal (1)
      • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
      • Mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi
      • Tiada larangan menggunakan bahasa lain untuk apa-apa tujuan
  3. Kewarganegaraan
    • Perkara 14 - Perkara 22: Peruntukan-peruntukan perolehan kewarganegaraan
    • Perkara 23 - Perkara 28: Ciri-ciri kehilangan kewarganegaraan
  4. Hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
    • Perkara 160 Fasal (2)
      • Penafsiran siapakah Melayu
        • Bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu
          • Dan lahir sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapa atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau Singapura atau pada hari kemerdekaan itu, dia berdomisil di Persekutuan atau Singapura
            atau;
          • Dia adalah keturunan seseorang tersebut
    • Perkara 153 Fasal (1)
      • Perlindungan kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain adalah di bawah tanggungjawab Yang Dipertuan Agong
    • Perkara 153 Fasal (2): Perkhidmatan Awam
      • Kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara dan menentukan apa perkara yang difikirkan perlu mengenai perizaban jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awal bagi orang Melayu dan Bumiputera
    • Perkara 153 Fasal (2): Pendidikan
      • Kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa bumiputera dalam bidang pendidikan dengan menentukan perizaban kemudahan pendidikan kepada mereka seperti peruntukan biasiswa, kuota kemasukan ke institusi pendidikan serta lain-lain kemudahan dan latihan khas yang diberikan dan diadakan oleh kerajaan Persekutuan
      • Perkara 153 Fasal (4): YDPA tidak boleh menahan atau memberhentikan biasiswa serta keistimewaan pelajaran kepada kaum lain
    • Perkara 153 Fasal (2): Lapangan Ekonomi
      • YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi membantu penglibatan orang Melayu dalam bidang perindustrian dan perdagangan seperti peruntukan Perkara 153 Fasal (6)
      • Perkara 153 Fasal (9): Melindungi kepentingan kaum lain
    • Perkara 89 Fasal (1) dan Fasal (6): Tanah Rizab Melayu
      • Peruntukan tanah yang dirizab untuk diberi milik kepada orang Melayu atau Bumiputera (hak Melayu dan isu makanan ruji)
      • Perkara 89 Fasal (2): jumlah keluasan tanah yang diisytiharkan rizab Melayu tidak boleh melebihi keluasan tanah yang diberikan milik umum
      • Perkara 89 Fasal (4): kepentingan kaum lain perlu dilihat (sekat negeri isytihar seluruh negeri sebagai rizab Melayu)
Kebalkah Perkara 153?
  • Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153 adalah bersifat sementara dan perlu dikaji semula selepas 15 tahun (1972)
  • Kita terselamat kerana rusuhan 13 Mei 1969 selepas pilihanraya umum menyebabkan negara sekali lagi diisytiharkan darurat
  • 1972: tahun yang dijadualkan kajian semula Perkara 153 berlalu tanpa sebarang kajian semula dan Perkara 153 kekal tanpa perubahan