Membangun Umat Beragenda

Thursday, 19 September 2013

Kontrak Sosial dan Ketuanan Melayu dalam Struktur Kenegaraan Malaysia: Sikap dan Pendirian Gerakan Islam


Kenapa Melayu Menerima Kontrak Sosial?
Syarat Paksaan kepada tawaran kemerdekaan
Pembesar Melayu rasa ianya lebih adil setelah mereka dipaksakan dengan Malayan Union

Adakah Masih Ada Hak Melayu dalam Kontrak Sosial?
  1. Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia
    • Perkara 3 Fasal (1)
      • Islam agama persekutuan
      • Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama di peringkat persekutuan dan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (termasuk Wilayah Persekutuan)
      • Sultan-sultan ketua agama di peringkat negeri
    • Perkara 11 Fasa (1)
      • menjamin kebebasan beragama (hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing dengan aman)
    • Perkaran 11 Fasal (4)
      • Mengawal dan menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan beragama orang Melayu serta mengadakan undang-undang bagi peruntukan kewangan bagi penubuhan institusi-institusi Islam atau apa sahaja berkaitan dengan agama Islam
  2. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
    • Perkara 152 Fasal (1)
      • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
      • Mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi
      • Tiada larangan menggunakan bahasa lain untuk apa-apa tujuan
  3. Kewarganegaraan
    • Perkara 14 - Perkara 22: Peruntukan-peruntukan perolehan kewarganegaraan
    • Perkara 23 - Perkara 28: Ciri-ciri kehilangan kewarganegaraan
  4. Hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
    • Perkara 160 Fasal (2)
      • Penafsiran siapakah Melayu
        • Bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu
          • Dan lahir sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau Singapura atau ibu bapa atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau Singapura atau pada hari kemerdekaan itu, dia berdomisil di Persekutuan atau Singapura
            atau;
          • Dia adalah keturunan seseorang tersebut
    • Perkara 153 Fasal (1)
      • Perlindungan kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain adalah di bawah tanggungjawab Yang Dipertuan Agong
    • Perkara 153 Fasal (2): Perkhidmatan Awam
      • Kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara dan menentukan apa perkara yang difikirkan perlu mengenai perizaban jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awal bagi orang Melayu dan Bumiputera
    • Perkara 153 Fasal (2): Pendidikan
      • Kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa bumiputera dalam bidang pendidikan dengan menentukan perizaban kemudahan pendidikan kepada mereka seperti peruntukan biasiswa, kuota kemasukan ke institusi pendidikan serta lain-lain kemudahan dan latihan khas yang diberikan dan diadakan oleh kerajaan Persekutuan
      • Perkara 153 Fasal (4): YDPA tidak boleh menahan atau memberhentikan biasiswa serta keistimewaan pelajaran kepada kaum lain
    • Perkara 153 Fasal (2): Lapangan Ekonomi
      • YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi membantu penglibatan orang Melayu dalam bidang perindustrian dan perdagangan seperti peruntukan Perkara 153 Fasal (6)
      • Perkara 153 Fasal (9): Melindungi kepentingan kaum lain
    • Perkara 89 Fasal (1) dan Fasal (6): Tanah Rizab Melayu
      • Peruntukan tanah yang dirizab untuk diberi milik kepada orang Melayu atau Bumiputera (hak Melayu dan isu makanan ruji)
      • Perkara 89 Fasal (2): jumlah keluasan tanah yang diisytiharkan rizab Melayu tidak boleh melebihi keluasan tanah yang diberikan milik umum
      • Perkara 89 Fasal (4): kepentingan kaum lain perlu dilihat (sekat negeri isytihar seluruh negeri sebagai rizab Melayu)
Kebalkah Perkara 153?
  • Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153 adalah bersifat sementara dan perlu dikaji semula selepas 15 tahun (1972)
  • Kita terselamat kerana rusuhan 13 Mei 1969 selepas pilihanraya umum menyebabkan negara sekali lagi diisytiharkan darurat
  • 1972: tahun yang dijadualkan kajian semula Perkara 153 berlalu tanpa sebarang kajian semula dan Perkara 153 kekal tanpa perubahan

0 comments:

Post a Comment