Membangun Umat Beragenda
Showing posts with label Fi Zilal alQuran. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Ciri ketiga harakah ini terus berjalan tiada henti, dengan wasilah-wasilah yang terus berkembang. Tetapi, tidak keluar dari batas-batas kaidah Islam, dan tidak keluar dari tujuan yang telah ditetapkan. Maka, sejak hari pertama, baik ketika berbicara kepada mereka dengan kaedah yang sama, dan menuntut mereka untuk sampai kepada tujuan yang sama. Iaitu, memurnikan ibadah kepada Allah, dan bebas dari penyembahan kepada sesama makhluk. Tidak ada tawar menawar dan tidak ada toleransi dalam kaedah ini. Kemudian dilanjutkan perjalanan untuk mewujudkan tujuan ini dengan langkah yang sudah ditetapkan dengan tahapan-tahapan. Setiap tahapan memiliki wasilah dan sarana yang sesuai dengan perkembangan, sebagaimana sudah kami katakan pada perenggan di atas.

Ciri keempat ialah ia sebagai pedoman syar'i dalam hubungan antara masyarakat muslim dengan masyarakat-masyarakat lain, sebagaimana disebutkan dalam ringkasan yang bagus yang kami kutip dari Zaadul Ma'aad tadi. Pedoman itu didasarkan pada nas bahawa kepasrahan kepada Allah merupakan landasan internasional yang menjadi tempat kembalinya kemanusiaan atau perdamaian secara umum. Sehingga, tidak menghalangi-halangi dakwah Islam dengan aturan politik atau kekuatan material. Juga supaya memberikan kebebasan kepada masing-masing untuk memilih atau tidak memilih Islam sesuai dengan kehendaknya. Akan tetapi, dia tidak boleh memusuhi atau memeranginya. Kalau dia memusuhi atau memeranginya, Islam akan memeranginya sehingga meninggal atau menyatakan penyerahannya!

[Mukaddimah alAnfaal]

Ciri kedua manhaj dinul Islam ini adalah ia merupakaan pergerakan nyata. Ia merupakan gerakan yang mempunyai tahapan-tahapan. Setiap tahapan memiliki wasilah-wasilah yang memadai dan sesuai dengan tuntutan-tuntutan dan keperluan-keperluan yang nyata. Setiap tahapan berpadan dengan tahapan yang mengiringinya. Maka ia tidak menghadapi realiti dengan teori-teori semata, sebagaimana ia tidak menghadapi tahapan-tahapan realiti ini dengan wasilah-wasilah yang beku.

Ada orang yang menelusuri nas-nas untuk mencari kesaksian (dalil) mengenai manhaj Islam dalam jihad. Tetapi dia tidak memperhatikan ciri-ciri ini. Juga tidak mengerti tabiat tahapan-tahapan yang dilalui oleh manhaj ini dan hubungan nas-nas yang berbeza-beza dengan tahapan masing-masing itu. Maka orang semacam ini akan melakukan percampuradukkan yang hebat, akan memberikan kemasan kepada manhaj agama Islam ini dengan kemasan yang menyesatkan, dan akan membawa nas-nas itu secara tidak proporsional, tidak sesuai dengan prinsip-prinsip dan kaedah akhirnya.

Hal itu disebabkan mereka menganggap setiap nas sebagai nas yang akhir, seperti kaedah-kaedah final dalam agama ini. Mereka sudah mengalami kekalahan spiritual dan rasional di bawah tekanan realiti yang keras terhadap anak cucu kaum muslimin yang tidak ada lagi padanya Islam kecuali tinggal namanya saja. Namun mereka berkata "Islam itu tidak berjihad (berjuang) kecuali hanya dengan membela diri (defensif)."

Mereka mengira telah berbuat kebaikan kepada agama ini dengan menyingkirkan Islam dari manhajnya:
  • Iaitu melenyapkan semua taghut dari seluruh permukaan bumi, 
  • menjadikan manusia sebagai abdi-abdi Allah saja, 
  • dan membebaskan mereka dari menyembah kepada sesama makhluk kepada menyembah kepada Allah saja. Tuhan bagi semua makhluk. 
  • Akan tetapi, tidak memaksa mereka untuk memeluk akidahnya. 
  • Namun dengan memberikan kebebasan kepada mereka untuk memeluk akidah ini, sesudah merobohkan sistem politik yang mendominasi. 
  • Atau, memaksanya membayar jizah dan menyatakan penyerahan dirinya. 
  • Lantas, memberikan kebebasan keapda masyarakatnya untuk memeluk atau tidak memeluk akidah ini dengan penuh kebebasan.
[Mukaddimah]

Ciri pertama gerakan Islam adalah ia merupakan keseriusan yang realistik dalam manhaj agama Islam ini. Ia merupakan gerakan untuk menghadapi realiti manusia, dan menghadapinya dengan sarana-sarana yang memadai bagi keberadaan realitinya. Ia menghadapi kejahiliahan dalam akidah dan pemikiran yang ditopang oleh peraturan-peraturan realiti dan praktik, dan didiukung dan ditegakkan oleh kekuasaan yang memiliki kekuatan material. 

Oleh kerana itu, harakah Islamiah (pergerakan Islam) menghadapi seluruh realiti ini secara memadai, 
  • menghadapinya dengan dakwah dan penerangan untuk meluruskan akidah dan pola fikir ini, 
  • dan menghadapinya dengan kekuatan dan jihad untuk menghapuskan peraturan-peraturan dan kekuasaan yang berdiri di atasnya. Yakni, kekuasaan yang menghalangi masyarakat untuk diluruskan dan dijelaskan kekeliruan akidah dan pola fikirnya. Juga kekuasaan yang menundukkan mereka dengan paksa, menyesatkan mereka dan menjadikan mereka menyembah kepada selain Tuhan yang Maha Luhur.

Harakah Islamiah ialah pergerakan yang tidak cukup hanya dengan memberikan penerangan dalam menghadapi penguasa yang materialis, sebagaimana ia tidak perlu mempergunakan paksaan dengan sarana material untuk menundukkan hati individu-individu. Jadi, beraneka macamlah metode yang ditempuh oleh Islam dalam gerakannya untuk membebaskan manusia dari menyembah kepada sesama hamba (makhluk) kepada menyembah Allah sahaja sebagaimana akan dibicarakan.

Sunday, 6 October 2013

Jihad dalam Islam adalah gerakan mempertahankan dan membela diri. Sekaligus gerakan untuk memerdekakan dan membebaskan manusia di muka bumi, dengan menggunakan wasilah-wasilah yang memadai bagi masing-masing sisi realiti manusia. Juga dengan wasilah-wasilah yang sesuai dengan masing-masing perkembangannya.

Apabila kita harus menamakan gerakan jihad dalam Islam ini dengan harakah difaiyyyah (gerakan pertahanan), maka kita harus mengubah pengertia difa' (pembelaan, pertahanan) itu sendiri. Kemudian kita namakan dengan difa' anil insan (membela manusia) itu sendiri, untuk melawan semua unsur yang mengikat kebebasannya dan menghalangi kemerdekaannya. Faktor-faktor yang tercermin dalam akidah dan pandangan hidup, sebagaimana tercermin dalam tatanan politik yang ditegakkan atas sekat-sekat ekonomi, kelas dan etnik yang dominan di seluruh muka bumi ketika Islam itu datang. Bahkan, sistem-sistem model begitu senantiasa dominan pada zaman jahiliah moden ini.

Dengan perluasan makna kata difa' ini, dapatlah kita menghadapi hakikat motivasi Islam mensyariatkan jihad di muka bumi ini. Kita dapat menghadapi tabiat Islam itu sendiri. Iaitu, sebagai 
  • penyataan umum untuk melepaskan manusia dari menyembah sesama manusia, dan 
  • menetapkan uluhiyyah dan rabbaniyyah terhadap alam semesta ini hanya untuk Allah saja. 
  • Juga untuk meruntuhkan kekuasaan hawa nafsu manusia di muka bumi, dan 
  • menegakkan kekuasaan syariah Ilahiah terhadap manusia.
Adapun usaha mencari alasan-alasan pembenar untuk memberikan makna jihad dalam Islam dengan pengertian sempit sebagaimana yang difahami sekarang sebagai perang defensif (untuk membela dan mempertahankan diri) semata, dan usaha-usaha mencari sandaran untuk menetapkan bahawa realiti jihad Islam adalah untuk menolak serangan musuh terhadap tanah air Islam (dalam pengertian mereka sebagian mereka hanya negara Arab saja), maka usaha-usaha itu dilakukan kerana 
  • minimumnya pengetahuan mereka terhadap tabiat agama Islam dan tabiat peranannya yang ia didatangkan ke muka bumi. 
  • Juga kerana sikap mider dan imperior menghadapi tekanan realiti masa kini. 
  • Serta, kerana kekalahannya menghadapi gempuran orientalisme yang penuh tipu daya terhadap Islam.

Wednesday, 18 September 2013

Sesungguhnya kebenaran itu sendiri tidaklah samar bagi fitrah. Sesungguhnya terdapat sinergi dan keserasian antara fitrah dengan kebenaran. Fitrah itu diciptakan dengan kebenaran, dan dengan kebenaran pula diciptakannya langit dan bumi.

Akan tetapi, hawa nafsulah yang menghalangi antara kebenaran dengan fitrah. Hawa nafsulah yang menebarkan kegelapan, menghalangi pandangan, menggelapkan jalan dan menyamarkan jejak.

Hawa nafsu tidak dapat ditolak dengan argumentasi. Ia hanya dapat ditolak dengan takwa, rasa takut kepada Allah, dan kesedaran bahawa dia diawasi oleh Allah baik ketika bersembunyi mahupun di hadapan orang lain. Kerana itu, hanya furqaan daya pembeza inilah yang dapat menerangi jalan.

[atTaubah, 9:29]