Membangun Umat Beragenda
Showing posts with label Hazizi Abdul Rahman. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Apabila ditanya tentang hukum orang kafir guna kalimah Allah, sebenarnya soalan itu sendiri tidak betul. Ramai yang menjawab hukum asalnya ialah harus. Sedangkan hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah hukum taklifi, dan yang mukallaf ialah orang Islam. Orang kafir tidak disasarkan dengan hukum-hukum Allah kecuali:-
1) ayat-ayat yang mewajibkan beriman
2) hukum-hukum jenayah dan muamalat, berdasarkan akad zimmah

Oleh itu, persoalan sebenar yang mesti dijawab ialah apakah wajar kerajaan sebagai Ulil Amri, yang mempunyai jentera mengeluarkan fatwa dan menguatkuasakan fatwa, mengharuskan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan bahan-bahan terbitan gereja di Malaysia?

Persoalan sebegini secara asasnya sudah termasuk dalam bab Siyasah Syariyah, di mana kerajaan berkuasa membuat keputusan melalui pertimbangan antara maslahat dan mafsadah, yang semuanya itu mestilah berada dalam kerangka Maqasid Syarak, menjaga agama dalam konteks isu ini.

Hakikatnya, kerajaan sudah ada keputusan. Sebagai rakyat kita perlu terima keputusan itu, kerana ia mengikut lunas-lunas syarak. Janganlah semua orang nak jadi kerajaan, atau semua perkara nak dibangkang.

Persoalan sebegini sebenarnya mengenai kuasa agama ke atas kehidupan awam, perkara yang amat dibenci oleh puak sekular liberal. Sebahagian orang Islam, termasuk yang popular, mengupas isu ini tanpa melihatnya dalam skop pertembungan antara ideologi. Itu satu kegagalan yang mampu mengundang tragedi kepada umat.

Wujudnya hubung kait antara ayat dan topik tidak semestinya boleh berlaku pendalilan di situ. Ramai orang terjebak dalam fenomena ini, iaitu menggunakan ayat al-Quran untuk menguatkan hujah, tapi mereka tidak sedar bahawa ayat itu tidak kena dijadikan sebagai dalil. Untuk kes ini, Surah Zumar ayat 3 dan Surah Ankabut ayat 63, sebagai contoh, ada hubung kait, tapi tidak kena langsung untuk dijadikan sebagai dalil mengharuskan. Pendek kata pendalilan (istididlal) tidak betul, selain isu orang kafir tidak menjadi sasaran hukum cabang syarak seperti yang disebut di perenggan pertama.

Tuesday, 15 October 2013

1) Kita menyeru semua manusia ke arah penyembahan hanya kepada Allah Yang Esa dan Tunggal.

2) Sesiapa yang enggan, maka kita nyatakan ayat baraah "bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami".

3) Islam menjaga akidah umatnya bukan dengan tarbiyah semata-mata, bahkan juga dengan kuasa undang-undang.

4) Rasuah, buang anak dan pelbagai penyakit masyarakat Islam tidak bermakna kita perlu menyerah kalah daripada mempertahankan akidah umat daripada dikelirukan.

5) Bersetuju terhadap penggunaan Allah untuk tuhan yang berbilang adalah bersetuju terhadap perbuatan syirik.

6) Usaha mereka untuk guna nama suci Allah dalam penerbitan syirik bahasa Melayu merupakan kesinambungan usaha Iblis untuk sesatkan anak Adam.

7) Muslim yang menyokong usaha penyesatan ini sama ada jahil atau memang sudah terperangkap dalam kesesatan liberalisme atau mengharapkan keredaan manusia. Alangkah malang mereka itu.

8) Dakwah tauhid ini jelas dan terang, ibarat cahaya matahari di siang hari. Pelopornya baginda Rasulullah S.A.W, yang mengasaskan jamaah muslimah di atas asas akidah tauhid yang jelas menjadi neraca segala pendirian perdamaian dan peperangan. Kita adalah penyambung risalah baginda.

Sunday, 13 October 2013

Pertembungan antara Islam dan jahiliyah itu pasti. Bukan manusia yang cakap, tapi Allah yang nyatakan dalam al-Quran. Bukan kerana orang Islam ini keras dan tidak toleran. Bukan juga kerana ada sekumpulan orang Islam yang digelar ekstrimis, teroris, jumud, taksub, fikir sempit, chauvinis, asobiyah, rasis dan sebagainya. Tetapi kerana jahiliyah itu sendiri mempunyai pejuang dan pendokongnya yang telah bersumpah untuk menyesatkan bani Adam dan memerangi Islam. 

Khusus kepada yang sudah membaca dan memahami mesej Allah Taala dalam Surah al-Anfal, kemudian menjaja "rahmatan lil alamin" sebagai alasan untuk bersekutu dengan mereka yang terang-terang memperjuangkan jahiliyah liberalisme, sesungguhnya saudara telah mengkufuri nikmat fikrah yang Allah Taala kurniakan kepada saudara. Sesungguhnya Allah Taala akan menggantikan saudara dengan satu kaum, Allah sayangkan mereka dan mereka cintakan Allah, mereka merendah diri di depan mukmin, menunjukkan ketinggian diri di depan kafirin. Itulah kelebihan yang Allah berikan sesiapa yang Ia kehendaki.

Tuesday, 24 September 2013

1) Arahan agar umat Islam bersatu adalah sabit (bersumberkan) dengan nas al-Quran dalam lebih daripada satu ayat. Manakala hukum harus untuk kerjasama politik dengan organisasi kafir hanya bersumberkan “Istislah” / “Masolih Mursalah”. Orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah akan faham jurang perbezaan antara yang sabit dengan nas dengan yang sabit dengan “Istislah”.

2) Jika kerjasama itu memburukkan lagi perpecahan umat Islam sehingga dominasi politik orang Islam terhakis dan gerakan liberal Barat semakin mengukuhkan kedudukan, maka lenyaplah keharusan kerjasama itu kerana maslahat politik pada ketika itu sudah menjadi maslahat “malghiah” (dibatalkan oleh syarak) kerana bertentangan dengan nas al-Quran yang mengarahkan umat bersatu demi memelihara kekuatan.

3) Pada ketika itu, orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah semestinya faham bahawa tuntutan bersatu (wajib) adalah ganti kepada kerjasama dengan organisasi kafir itu. Adapun sikap membandingkan antara kerjasama UMNO dengan MCA dan kerjasama PAS dengan DAP, yang mana satu lebih baik, adalah mentaliti orang yang tak belajar fekah dan usul fekah, atau ia mentaliti orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah tetapi sengaja mengetepikannya kerana hawa nafsu politik.

4) Kaedah fekah mengatakan ما لا يدرك جله لا يترك كله, yang bermaksud “Apa yang tidak diperoleh kesemuanya maka tidak ditinggal kesemuanya”, maka kesatuan yang difikirkan hampir mustahil itu wajib diusahakan walaupun sedikit, hatta sekadar kerjasama. Tiada alasan untuk meninggalkan perkara yang wajib ini. Mentaliti menyalahkan pihak lain samalah seperti perangai Bani Israel yang banyak soal apabila diarahkan menyembelih lembu oleh Allah.

5) Isu ini adalah isu hukum syarak. Ia bukan isu logik minum arak dengan orang Islam dan minum teh dengan orang kafir. Analogi jahil syariah itu mampu memesongkan pemikiran anak muda yang tidak belajar fekah dan usul fekah, dan mereka itu ramai bilangannya. Sikap pandang ringan dan mudah-mudah mengeluarkan analogi yang bertentangan dengan hukum syarak adalah sikap yang merbahaya dan kurang beradab kepada syarak.

6) Kepada ulamak yang membisu dan tidak bersuara menerangkan hukum di atas, demi menjaga kepentingan politik, kedudukan, perniagaan atau hati kawan, saya berlepas diri daripada antum.

اللهم إني قد بلغت اللهم فاشهد

Monday, 23 September 2013

Rasyid al-Ghanusyi merupakan tokoh Ikhwan yang memimpin Parti an-Nahdhah di Tunisia. Tribulasi yang dilaluinya dalam perjuangan Islam adalah antara yang dijadikan lambang pengorbanan oleh pendokong gerakan Islam. Bagaimanapun, pengalaman perjuangannya yang panjang itu tidak seharusnya menjadi penghalang kepada mana-mana pihak untuk memberikan pandangan kritis terhadap ucapan beliau dalam majlis yang dianjurkan oleh Center for the Study of Islam and Democracy. Dalam ucapan itu (yang diberi pelbagai tajuk oleh pelbagai pihak) beliau cuba untuk mengharmonikan hubungan antara Islam dan sekularisme. Transkrip ucapan beliau boleh diperoleh di alamat berikut: Full Transcript of Rached Ghannouchi’s lecture on Secularism – March, 2, 2012.

Berikut adalah sebahagian pandangan peribadi saya terhadap ucapan beliau itu, didahului dengan dua mukadimah umum:-

1) Secara umumnya, isu sebenar ialah pertembungan ideologi.
  1. Islam dengan prinsip tauhid dan syumulnya adalah ancaman bagi hegemoni Barat.
  2. Persoalan mengenai perlaksananaan syariah sengaja ditimbulkan / dilontarkan. Kuasa ekonomi kapitalis, media dan seterusnya pendapat umum menjadi faktor yang mendesak gerakan Islam agar mensejajarkan pendapat dengan pendapat umum dunia yang dibentuk oleh media kuasa kapitalis.
  3. Punca tragedi ialah apabila golongan Islamis mengambil pendekatan reaktif dan cuba menjawab tohmahan Barat menurut logik dan kerangka pemikiran Barat.
  4. Keadaan bertambah buruk apabila perubahan dari atas diambil sebagai metode perubahan.

2) Berdepan dengan asakan liberalisme, golongan Islamis sepatutnya lebih menyerlahkan keburukan teori-teori yang dibawa oleh Barat; humanisme, liberalisme, sekularisme dan lain-lain. Islam pula dikemukakan dalam kerangka dan prinsipnya yang asal, yang sesuai untuk semua zaman dan keadaan, bukan untuk disesuaikan menurut kerangka pemikiran Barat. Islam dalam kerangka dan prinsipnya yang asal adalah Islam yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan seluruh alam. Manusia boleh menerimanya. Yang menentang hanyalah kelompok kecil kapitalis yang mengawal media. Pengalaman pasca revolusi Mesir mengandungi banyak pengajaran, bahawa sokongan akar umbi rakyat pada agenda Islam adalah tonggak kekuatan sebenar.

Saturday, 21 September 2013

Perkara kedua yang saya ingin sentuh ialah soal pemerintah yang tidak melaksanakan pemerintahan Islam. Saya amat setuju dengan pendapat Tuan Guru bahawa ia merupakan punca gejala murtad, kerana undang-undang Islam itu sifatnya mencegah, bukan saja merawat. Selama 54 tahun kerajaan Perikatan, kemudian Barisan Nasional, tidak pernah serius untuk melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh, sedangkan Islam adalah Agama Persekutuan dan majoriti penduduk negara ini beragama Islam. Mutakhir, apabila diajukan cadangan Akta Murtad, kerajaan masih lagi memberi alasan yang sama, yang menunjukkan sikap “acuh tak acuh”.

Bagaimanapun saya ingin memberi amaran kepada generasi muda agar tidak mengambil kenyataan itu secara salah. Adalah tidak benar bahawa pemerintah yang tidak melaksanakan Islam adalah satu-satunya punca utama gejala murtad. Menekankan kesalahan hanya pada pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam samalah seperti hujah orang yang mengatakan Islam ini hanya agama dialog. Ibarat kepala dibelah dua, tiada mana-mana bahagian lagi yang berguna. Islam bukan sekadar agama dialog, bahkan ia juga agama undang-undang yang dikuatkuasakan. Sebagaimana Islam bukan sekadar pemerintahan, malah ia bertapak dan berakar umbi pada keperibadian setiap individu muslim. Kedua-duanya saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan.

Negara Islam hanyalah kerangka yang mengizinkan orang-orang Islam melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka. Hakikatnya banyak perkara dan banyak aspek Islam yang boleh dilaksanakan, walaupun pemerintah tidak melaksanakan undang-undang Islam, tetapi masalahnya ialah individu muslim itu sendiri tidak mahu melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka. Ia satu persoalan yang lebih besar daripada persoalan undi pilihanraya.

Bahkan generasi muda kini lebih cenderung dengan cara fikir dan gaya hidup Barat. 70% daripada remaja Islam kita tidak solat lima waktu sepenuhnya. Keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup Islam akan mewariskan generasi anak-anak yang terhakis sifat keIslamannya. Soalnya adakah pemerintahan Islam semata-mata dapat membuatkan mereka solat?

Tanpa menafikan soal pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam yang banyak meninggalkan kesan bahana ini, para pendakwah kini gigih merawat dan membimbing generasi muda. Mereka sanggup meninggalkan keselesaan hidup dan waktu rehat di malam hari dan hujung minggu semata-mata untuk bersama-sama generasi muda dalam program perkhemahan, qiamullail, rehlah dan seumpamanya demi membina semula jatidiri umat ini.

Kesimpulan saya untuk noktah kedua ini ialah kita harus melihat punca masalah murtad ini secara menyeluruh. Bahkan masalah terhakisnya jatidiri Islam pada masyarakat Melayu hari ini juga perlu dilihat puncanya secara menyeluruh. Dari situ, kita dapat melihat lakaran jalan penyelesaian yang lebih terangkum, lalu terpaparlah wajah-wajah pemain peranan yang melampaui batas sempadan organisasi dan pertubuhan. Di sebaliknya, akan terpaparlah wajah-wajah musuh yang sebenar.