Membangun Umat Beragenda
Showing posts with label Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

Membantu yang dizalimi dan mendengar sungutan serta keluhan mereka
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada al-Barra’ bin Azib bahawa Rasulullah saw memerintahkan mereka dengan beberapa perkara, antaranya ialah membantu orang yang dizalimi.

Imam al-bukhari juga meriwayatkan dari Abi Musa dari Nabi bersabda; “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang kukuh saling menyokong antara satu sama lain," sambil Rasulullah saw menggenggam kuat-kuat kedua-dua belah tangan Baginda.

Ibn Hajar berkata;
Membantu orang yang dizalimi adalah fardu kifayah, bantuan ini umum untuk semua orang yang dizalimi. Begitu juga orang yang membantu, melihatkan hukum fardu kifayah ini ditujukan kepada semua, inilah yang rajih atau jelas. Kadang-kadang ia ditentukan ke atas sesiapa yang mempunyai kudrat selagi keingkarannya tidak dianggap merosakkan lebih daripada kerosakan mungkar. Sekiranya dia tahu itu tidak berguna, akan jatuhlah kewajipan itu, kekallah hukum asal iaitu harus dengan syarat yang disebut. Sekiranya bertembung dua kerosakan, maka hendaklah membuat pilihan.

Syarat-syarat orang yang menolong;

  • Hendaklah orang yang menolong itu mengetahui perbuatan itu zalim.
  • Pertolongan itu diberi sewaktu kejadian zalim tersebut.
  • Kadang-kadang pertolongan itu diberi sebelum berlaku kezaliman seumpama menyelamatkan seseorang daripada seorang yang menuntut darinya harta secara zalim dan mengugutnya sekiranya dia tidak mahu menyumbangkan duit tersebut.
  • Kadang-kadang pertolongan itu datang selepas berlaku kezaliman. Ini yang banyak berlaku.
  • Pertolongan ini lebih umum daripada menggunakan senjata dan berperang malah gambarannya yang sebenar boleh berlaku dengan memberi perintah kepada orang zalim, mengancam, menakuntukan, menggunakan pangkat dan kedudukan, memberi syafaat, mengumpulkan sejumlah orang yang boleh membantu untuk memberi ingatan kepada orang yang melakukan kezaliman tentang yang bakal berlaku sekiranya ia sendirian atau satu kumpulan yang besar bagi menolak kezaliman satu kumpulan yang kecil.

Sekiranya menggunakan senjata, dia tertakluk kepada kaedah amar makruf nahi mungkar. Bagi kaedah tidak memberikan hukum qisas dengan kewujudan sultan, ini adalah jelas dalam hukum pelampau (bughah). Sekiranya yang zalim itu ialah hakim, maka sebaik-baik jihad ialah berkata benar kepada sultan yang zalim. Sekiranya tidak berjaya memecatnya melainkan dengan memeranginya, rujuk kembali kepada hukum taghyir dan tekanan serta menyandarkan ketaatan sebagaimana yang telah diterangkan dalam teori siasah dulu.

Apa yang ditambah di sini ialah;
Membantu orang yang dizalimi terdapat dalam hadis Nabi, wajib ke atas muslim merasa peka dan terus membantu, keluar dari sifat keakuan kepada memberi pertolongan, bertawakal dia atas kelemahan dan mencapai kebenaran yang diharapkan.

Thursday, 19 September 2013

KERJASAMA UNTUK MENEGAKKAN KEMULIAAN AKHLAK
Kerjasama antara negara Islam dan jemaah Islam adalah HARUS bahkan ia dituntut sehingga kadang-kadang menjadi WAJIB terutama ketika golongan kafir mula menguasai dan berhasrat menghapuskan orang-orang Islam seorang demi seorang.

Bukti kewajipan itu ialah:
  • kerjasama atas prinsip kebajikan dan takwa,
  • membantu yang dizalimi,
  • menyatukan umat,
  • jaminan atau kawalan orang-orang Islam hanya satu,
  • memenuhi kaedah masalah dan darurat.
RUKUN KEENAM:
Harus bagi orang-orang Islam bekerjasama dengan orang kafir bagi menegakkan dan menyebarkan kebaikan akhlak yang asasi yang diharuskan oleh syarak seperti menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, memperuntukkan kebebasan dan mengelak tumpah darah, menjaga kehormatan dan harta benda, melindungi golongan lemah, menyuburkan tanah dan tanaman, semua sayuran, memelihara binatang ternakan yg memberi produk dan kebaikan kepada manusia, saliran air dan kepentingan hidup yang lain.

Termasuk juga bentuk kerjasama itu pada hari ini ialah;
  • perjanjian hak asasi manusia (human right)
  • mempertahankan hak-hak beragama
  • perjanjian antarabangsa seperti isu pencemaran dan lapisan ozon
  • isu keamanaan sejagat dan bumi hijau
  • hak-hak antarabangsa dalam isu sungai dan air yang dikongsi antara negara
  • hak-hak pekerja
  • hak asasi kanak-kanak
  • kesihatan sedunia dan wabak penyakit termasuk AIDS
  • memerangi isu dadah dan heroin
  • memerangi isu pelacuran dan rumah urut
Dalil syara’ bagi keharusan ini ialah kisah kerjasama al-Fudhul yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Menurut al-Qurtubi;
Ibn Ishak menceritakan; kabilah-kabilah Quraisy telah berkumpul di rumah Abdullah bin Jad’an – disebabkan kemuliaan kedudukan dan keturunannya – mereka berjanji setia dan sepakat bagi memastikan Mekah bersih daripada kezaliman, tiada penduduknya atau orang yang datang memasuki Mekah yang dizalimi, sekiranya berlaku kezaliman mereka akan sama-sama memeranginya sehingga hilang kezaliman tersebut. Perjanjian ini dinamakan Kerjasama al-Fudhul.

Inilah yang diperkatakan oleh Rasulullah saw ketika menyaksikan kerjasama al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jad’an; “satu kerjasama yang sangat aku suka, sekiranya diajak untuk menyertainya dalam Islam, akan aku terima jemputan itu.

Inilah kerjasama yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw; “mana-mana kerjasama dalam jahiliah, tidak akan menambahkan Islam melainkan lebih baik lagi”.

Kerana ia menepati kehendak syara’, adapun perjanjian yang merosakkan dan kerjasama yang batil bagi tujuan kezaliman dan tipu muslihat, semuanya itu ditolak dan ditentang oleh Islam.

Tuesday, 17 September 2013

Ini adalah terjemahan daripada buku Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi, jilid ke-4 yang merupakan buku ke-8 dari siri-siri tulisan Muhamad Ahmad Rasyid dalam Ihya’ Fiqh Dakwah. Tujuan saya menterjemahkan beberapa petikan dalam buku ini adalah untuk mendedahkan kajian penulis tentang isu yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat Malaysia hari ini, iaitu berkaitan membina kerjasama dengan non muslim terutama kerjasama politik yang lebih dikenali dalam bahasa Arab sebagai tahaluf siyasi.

Kajian ini telah dibuat oleh Muhamad Ahmad Rasyid yang lebih dikenali sebagai Abu Ammar. Beliau adalah seorang pemikir dakwah yang banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan metodologi dakwah dan pendakwah. Antara hasil tulisan beliau ialah al-Raqa’iq, al-Awa’iq, al-Muntalaq, al-Masar dan banyak lagi tulisan beliau yang memperkatakan tentang peranan pendakwah dan metodologi dakwah yang sepatut dilaksanakan. Kebanyakan buku-buku yang dihasilkan oleh beliau adalah ketika menetap di Malaysia.

Tajuk tentang tahaluf siyasi dengan orang kafir ini adalah hasil pemerhatian, pandangan dan kajian beliau sewaktu tinggal di Malaysia. Kebanyakan contoh yang dibawa sebenarnya adalah merujuk kepada suasana yang ada di Malaysia. Muhamad Ahmad Rasyid banyak menggunakan sumber-sumber yang premier selain daripada al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah. Antara ulama yang banyak dirujuk oleh beliau ialah Ibn Hajar, al-Syaibani, al-Karabisi, al-Sarkhasi, al-Qurtubi, ulama empat mazhab dan lain-lain lagi.