Membantu yang dizalimi dan mendengar sungutan serta keluhan mereka
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada al-Barra’ bin Azib bahawa Rasulullah saw memerintahkan mereka dengan beberapa perkara, antaranya ialah membantu orang yang dizalimi.
Imam al-bukhari juga meriwayatkan dari Abi Musa dari Nabi bersabda; “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang kukuh saling menyokong antara satu sama lain," sambil Rasulullah saw menggenggam kuat-kuat kedua-dua belah tangan Baginda.
Ibn Hajar berkata;
Membantu orang yang dizalimi adalah fardu kifayah, bantuan ini umum untuk semua orang yang dizalimi. Begitu juga orang yang membantu, melihatkan hukum fardu kifayah ini ditujukan kepada semua, inilah yang rajih atau jelas. Kadang-kadang ia ditentukan ke atas sesiapa yang mempunyai kudrat selagi keingkarannya tidak dianggap merosakkan lebih daripada kerosakan mungkar. Sekiranya dia tahu itu tidak berguna, akan jatuhlah kewajipan itu, kekallah hukum asal iaitu harus dengan syarat yang disebut. Sekiranya bertembung dua kerosakan, maka hendaklah membuat pilihan.
Syarat-syarat orang yang menolong;
- Hendaklah orang yang menolong itu mengetahui perbuatan itu zalim.
- Pertolongan itu diberi sewaktu kejadian zalim tersebut.
- Kadang-kadang pertolongan itu diberi sebelum berlaku kezaliman seumpama menyelamatkan seseorang daripada seorang yang menuntut darinya harta secara zalim dan mengugutnya sekiranya dia tidak mahu menyumbangkan duit tersebut.
- Kadang-kadang pertolongan itu datang selepas berlaku kezaliman. Ini yang banyak berlaku.
- Pertolongan ini lebih umum daripada menggunakan senjata dan berperang malah gambarannya yang sebenar boleh berlaku dengan memberi perintah kepada orang zalim, mengancam, menakuntukan, menggunakan pangkat dan kedudukan, memberi syafaat, mengumpulkan sejumlah orang yang boleh membantu untuk memberi ingatan kepada orang yang melakukan kezaliman tentang yang bakal berlaku sekiranya ia sendirian atau satu kumpulan yang besar bagi menolak kezaliman satu kumpulan yang kecil.
Sekiranya menggunakan senjata, dia tertakluk kepada kaedah amar makruf nahi mungkar. Bagi kaedah tidak memberikan hukum qisas dengan kewujudan sultan, ini adalah jelas dalam hukum pelampau (bughah). Sekiranya yang zalim itu ialah hakim, maka sebaik-baik jihad ialah berkata benar kepada sultan yang zalim. Sekiranya tidak berjaya memecatnya melainkan dengan memeranginya, rujuk kembali kepada hukum taghyir dan tekanan serta menyandarkan ketaatan sebagaimana yang telah diterangkan dalam teori siasah dulu.
Apa yang ditambah di sini ialah;
Membantu orang yang dizalimi terdapat dalam hadis Nabi, wajib ke atas muslim merasa peka dan terus membantu, keluar dari sifat keakuan kepada memberi pertolongan, bertawakal dia atas kelemahan dan mencapai kebenaran yang diharapkan.
0 comments:
Post a Comment