KESUDAHAN KENABIAN
Setelah anda mengetahui semua ini, sewajarnya apda sekarang mengetahui bahawa tiada jalan untuk mengenal Islam dan mengenal jalannya yang lurus melainkan pengajaran Nabi s.’a.w. dan Al-Qur’anul Karim.
Muhammad s’a.w. adalah Nabi yang diutus kepada ummat manusia seluruhnya. Dengan kehadirannya selesailah silsilah wahyu, keNabian dan keRasulan. Allah Ta’ala telah menyampaikan dengan perantaraan Muhammad s. ‘a. petunjuk dan cahaya yang hendak disampaikanNya kepada manusia. Setiap orang yang mencari kebenaran dan yang mahu menjadi hamba yang menyerahkan dirinya kepada Allah Ta’ala, mestilah beriman dengan tokoh yang menjadi kesudahan segala Nabi, dan menundukkan diri setunduk tunduknya kepada petunjuk dan keterangan yang diturunkan.’ kepadanya, dan hendaklah ía mengikut jalannya.
DALIL-DALIL MENGENAI KESUDAHAN KENABIAN
Apabila anda telah mengetahui hakikat keNabian, nyatalah bahawa Nabi-nabi itu tidak dilahirkan setiap hari. Dan bukanlah suatu kemestian bahawa bagi setiap ummat ada Nabi pada setiap masa. Sesungguhnya kehidupan Nabi itu adalah kehidupan petunjuk dan pengajaran yang dibawanya. Ia hidup selama petunjuknya hidup. Nabi-nabi yang terdahulu telahpun mati, kerana manusia telah menukar pengajarannya dan mencampur baurkannya dengan apa-apa yang mereka kehendaki mengikut hawanafsu mereka. Dewasa ini tiada dijumpai lagi sebuah kitab dan kitab-kitab para Nabi dalam bentuknya yang asal, meskipun para pengikutnya mengatakan bahawa mereka mempunyai kitab-kitab para Nabi itu dalam bentuknya yang asal.
Demikian juga, manusia telah melupakan riwayat perjuangan para Nabi. Hampir-hampir mereka tidak mengetahui lagi riwayat yang benar yang boleh dipegang, sehingga tidak mungkin lagi menentukan masa dan tempat mereka dilahirkan dan apa-apa yang mereka lakukan selama hayatnya.
Juga mustahil bagi manusia sekarang ini mengetahui bagaimana para Nabi itu menjalani hidupnya, apa yang mereka suruh dan apa yang mereka tegah, demikian juga orang tidak tahu tentang kematiannya.
Adapun Nabi kita Muhammad s.’a.w., sentiasa hidup kerana petunjuknya tetap hidup. Al-Qur’anu ‘l-Karim, kitab yang diturunkan Allah kepadanya sentiasa ada dalam tangan kita dengan lafaznya yang asal. Perubahan tiada berlaku meskipun satu huruf atau satu noktah atau satu harakah Sajapun.
Riwayat hidup dan perjuangannya, semua perbuatan dan perkataannya s.’a.w. dituliskan terpelihara dalam kitab kitab, meskipun telah berlalu tahun-tahun yang panjang. Seolah-olah sampaipun dewasa ini kita melihat peribadi Nabi s.’a.w. dengan mata kita sendiri. Kita dengar perkataannya dengan telinga kita. Tiada seorang lelakipun yang telah dihafalkan orang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam kehidupannya sebagaimana orang menghafal peristiwa peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Nabi Muhammad s.’a.w. Adalah mungkin bagi kita untuk mengikuti dan meniru contoh-contoh Nabi dalam setiap keadaan kehidupan kita pada setiap masa. Ini adalah dalil bahawa pada hari ini tiada keperluan manusia lagi kepada seorang Nabi yang utus dan sisi Allah Ta’ala di belakang Nabi Muhammad s’a.w.
Tiada akan diutus seorang Nabi melainkan kerana salat satu danipada tiga sebab yang berikut
(1) Bahawa pengajaran Nabi yang terdahulu telah menjadi kabur dan telah nyata keperluan manusia akan kedatangan seorang Nabi untuk kali yang lain.
(2) Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak sempuma, maka perlulah disempurnakan.
(3) Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak kepada suatu ummat yang khas, sedangkan ummat yang lain atau semua ummat berhajat akan kedatangan Nabi yang diutus seperti itu’.
Dewasa ini ketiga sebab itu tidak ada dijumpai:
(1) Pengajaran Nabi Muhammad s.’a.w. adalah hidup Di tangan kita sentiasa ada wasilah yang boleh kita pelajari pada setiap masa berkenaan dengan agamanya s.’a.w., mengenai setiap petunjuk yang dibawanya dan sisi Allah Ta’ala dan mengenai setiap jalan kehidupan yang dibentangkannya. kepada manusia, dan jalan-jalan apakah yang dilarangnya nianusa melaluinya. Jika petunjuknya sentiasa hidup, maka tiadalah hajat kepada Nabi yang lain yang membaharuinya dan yang membentangkannya kepada manusia untuk kali yang lain.
(2) Manusia telah mendapat pengajaran Islam yang sempurna dengan kenabian Muhammad s.’a.w. Pada masa ini tiada keperluan lagi untuk menambah atau mengurangi pengajaran itu. Juga tiada dijumpai sesuatu kelemahan yang boleh membuka jalan kepada kelahiran seorang Nabi sesudahnya s.’a.w. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang kedua.
(3) Adalah kenabian Muhammad s.’a.w. untuk seluruh alam. Ia tiada terhad untuk sesuatu ummat sahaja, atau untuk sesuatu zaman sahaja. Oleh sebab itu tiada keperluan bagi sesuatu bangsa untuk mendapat Nabi yang khas dan sisi Allah. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang ketiga.
Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.’a.w. dipanggilkan: Kesudahan segala Nabi. ini bererti: Ia adalah Nabi yang datang paling akhir.
Dunia hari ini tidak berhajat kepada Nabi yang lain. Yang mereka perlukan ialah tokoh-tokoh yang mengikut jejak Nabi s.’a.w. yang menyeru manusia untuk mengikutinya, mereka yang faham akan petunjuknya s.’a.w. dan yang mengamalkan petunjuk-petunjuk itu, mereka yang mendirikan di muka bumi ini kedaulatan undang-undang yang didatangkan oleh Muhammad s.’a.w. dan sisi Allah Ta’ala.
0 comments:
Post a Comment