Membangun Umat Beragenda

Thursday, 26 September 2013


Hukuman kepada 'murtad' Kristian pada tahun 1555 di Oxford dan tempat-tempat lain di Eropah
  • Isunya bukan disebabkan mereka "murtad", maka mereka dibakar.
  • Zaman itu merupakan zaman feudal; gereja dan istana berkongsi kuasa dan menjadi tuan tanah. Majoriti rakyat pula menjadi 'hamba di tanah sendiri'.
  • Berfikir merupakan jenayah pada zaman tersebut kerana ia akan mengubah status qou.
  • Kerana ingin mengekalkan kuasa (gereja dan tuan tanah), maka orang cerdik dibakar.
  • Bible sudah menjadi kitab rujukan sains dan geografi.
  • Sesiapa yang membuat teori baru maka dia dianggap melawan kalam tuhan lalu dianggap "murtad".
  • Agama Kristian pada zaman tersebut sudah tak betul, kemudian orang yang memberi idea baru pula, tidak betul juga.
  • Jadi (situasinya) orang yang pegangan hidupnya tidak betul, membakar orang yang memberi idea yang tidak betul.

Itu masalah Eropah. Orang Kedah kata 'lantak pi la'. Mengapa pula kita nak kaitkan dengan JAIS / (masalah) kristianisasi di Malaysia dan lain-lain?

Ekstrimisme Gereja
  • Jangan samakan ekstrimisme gereja atau paderi Eropah silam dengan JAIS atau ulamak yang melaungkan isu murtad. Nampak sangat tidak cerdik apabila kedua-duanya disamakan.
  • Gereja mempunyai kuasa dan mahu mengekalkan kuasa dan harta mereka dengan cara menghalang idea baru.
  • (Berbeza dengan gereja) JAIS dan ulamak-ulamak ni, apabila melaungkan isu murtad, ada kemungkinan mereka akan menjadi orang miskin.
  • Dan orang yang murtad ni pula, mereka bukannya membawa idea baru, tetapi menjadi mangsa cinta palsu. Tunjukkan mana-mana orang murtad yang datang dengan falsafah dan idea yang meng'wow'kan orang yang mendengarnya. Orang yang murtad ni tiada idea apa-apa. Fikiran kosong dan tiada falsafah hidup.
  • Jadi kita bukan menghalang kebebasan berfikir untuk disamakan dengan tindakan gereja Eropah. Yang kita mahu halang ialah usaha memperdaya orang Islam sehingga keluar dari agama.

Selepas Sedikit Suntingan

0 comments:

Post a Comment