Membangun Umat Beragenda

Sunday, 29 September 2013

Walau pun begitu, kelemahan pimpinan yang ada tidak mengharuskan sama sekali dinaikkan pimpinan orang bukan Muslim memegang wilayah ammah dalam negara. Keadilan orang bukan Islam tidak sama dengan nilai adil yang dikehendaki oleh syarak. Iraq di bawah Amerika tidaklah lebih baik dari Iraq di bawah Saddam Husein.

Allah berfirman yang bermaksud:
ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا
…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” (An-Nisa, 4:141)

Berhubung ayat di atas, al-Nabhani berkata:
Pemerintahan adalah cara paling kuat untuk pemerintah membinasakan orang yang di bawah pemerintahannya. Apabila Allah mengungkapkan ayat itu dengan perkataan ‘lan’ yang memberi erti selama-lamanya, ia turut memberi makna larangan yang pasti daripada melantik seorang kafir ke apa-apa juga jawatan pemerintahan samada khilafah atau selainnya” (Profesor Dr Mahmud al-Mardawi, 1987)

Manakala faktor kelemahan umat Melayu Islam di Malaysia di dalam mempertahankan haknya, jika itu memang sifat semulajadinya, maka alangkah malangnya umat kita apabila mereka lupa bahawa dulunya mereka adalah penguasa agong di satu daerah kuasa yang besar. 

Tetapi jika disebabkan masing-masing termakan diayah kelompok bukan Islam dan berasa taajub dengan keikhlasan mereka terhadap negara, lalu terpecah-pecah sehingga hilang keyakinan diri dan kagum kepada yang orang lain, maka di sini lebih-lebih lagi kita perlu bertegas bahawa wilayah ammah mesti dipegang oleh orang Islam.

Apabila kelompok bukan Islam berjaya memecahkan kesatuan umat Islam yang merupakan majoriti, itu menunjukkan kepada tabiat kelompok bukan Islam tersebut. Kelompok seumpama itu tidak akan sesekali membela maslahah umat Islam apabila mereka memegang wilayah ammah kerana di kala mereka tidak mempunyai kuasa pun mereka cuba tanpa segan silu menjatuhkan umat Islam. Apa jaminan jika kelompok yang begini tabiatnya akan membela maslahah umat Islam apabila mereka memegang tampok kuasa?

Ini agaknya yang menjadi kehairanan Dr Mahmud al-Mardawi apabila beliau mengulas mengenai fenomena naiknya golongan minoriti bukan Islam ke puncak kekuasaan:
Golongan minoriti pada hakikatnya adalah minoriti. Bagaimana boleh digambarkan bahawa golongan minoriti boleh sampai ke puncak kekuasaan mengalahkan golongan majoriti Islam dalam sistem demokrasi. Ini tidak berlaku kecuali jika mereka telah berusaha memecah belahkan golongan majoriti Islam menjadi berpuak-puak yang saling bermusuhan, lalu dengan itu naiklah golongan minoriti” (Dr Mahmud al-Mardawi, 1987)

Selain dari Jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, suara Islam di dalam Parlimen juga penting untuk dijaga agar sebarang keputusan yang dibuat tidak akan bertentangan dengan maqasid syarak. Dengan itu demi menjaga maqasid syarak, Parlimen perlu sentiasa dalam setiap penggal dipenuhi dengan majoriti Muslim. Suara Islam mesti bersatu dalam memutuskan sesuatu cadangan agar tidak menghancurkan maqasid syarak. Di antara yang asas perlu dipertahankan adalah seperti kedudukan istimewa Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Yang Dipertuan Agong. Jangan sesekali berlaku suara Islam berbelah bagi sehingga memberi ruang kepada bukan Islam untuk memaksakan pendapat dan cadangannya kepada negara.

0 comments:

Post a Comment