Rasyid al-Ghanusyi merupakan tokoh Ikhwan yang memimpin Parti an-Nahdhah di Tunisia. Tribulasi yang dilaluinya dalam perjuangan Islam adalah antara yang dijadikan lambang pengorbanan oleh pendokong gerakan Islam. Bagaimanapun, pengalaman perjuangannya yang panjang itu tidak seharusnya menjadi penghalang kepada mana-mana pihak untuk memberikan pandangan kritis terhadap ucapan beliau dalam majlis yang dianjurkan oleh Center for the Study of Islam and Democracy. Dalam ucapan itu (yang diberi pelbagai tajuk oleh pelbagai pihak) beliau cuba untuk mengharmonikan hubungan antara Islam dan sekularisme. Transkrip ucapan beliau boleh diperoleh di alamat berikut: Full Transcript of Rached Ghannouchi’s lecture on Secularism – March, 2, 2012.
Berikut adalah sebahagian pandangan peribadi saya terhadap ucapan beliau itu, didahului dengan dua mukadimah umum:-
1) Secara umumnya, isu sebenar ialah pertembungan ideologi.
- Islam dengan prinsip tauhid dan syumulnya adalah ancaman bagi hegemoni Barat.
- Persoalan mengenai perlaksananaan syariah sengaja ditimbulkan / dilontarkan. Kuasa ekonomi kapitalis, media dan seterusnya pendapat umum menjadi faktor yang mendesak gerakan Islam agar mensejajarkan pendapat dengan pendapat umum dunia yang dibentuk oleh media kuasa kapitalis.
- Punca tragedi ialah apabila golongan Islamis mengambil pendekatan reaktif dan cuba menjawab tohmahan Barat menurut logik dan kerangka pemikiran Barat.
- Keadaan bertambah buruk apabila perubahan dari atas diambil sebagai metode perubahan.
2) Berdepan dengan asakan liberalisme, golongan Islamis sepatutnya lebih menyerlahkan keburukan teori-teori yang dibawa oleh Barat; humanisme, liberalisme, sekularisme dan lain-lain. Islam pula dikemukakan dalam kerangka dan prinsipnya yang asal, yang sesuai untuk semua zaman dan keadaan, bukan untuk disesuaikan menurut kerangka pemikiran Barat. Islam dalam kerangka dan prinsipnya yang asal adalah Islam yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan seluruh alam. Manusia boleh menerimanya. Yang menentang hanyalah kelompok kecil kapitalis yang mengawal media. Pengalaman pasca revolusi Mesir mengandungi banyak pengajaran, bahawa sokongan akar umbi rakyat pada agenda Islam adalah tonggak kekuatan sebenar.
0 comments:
Post a Comment