Membangun Umat Beragenda

Sunday, 6 October 2013

Jihad dalam Islam adalah gerakan mempertahankan dan membela diri. Sekaligus gerakan untuk memerdekakan dan membebaskan manusia di muka bumi, dengan menggunakan wasilah-wasilah yang memadai bagi masing-masing sisi realiti manusia. Juga dengan wasilah-wasilah yang sesuai dengan masing-masing perkembangannya.

Apabila kita harus menamakan gerakan jihad dalam Islam ini dengan harakah difaiyyyah (gerakan pertahanan), maka kita harus mengubah pengertia difa' (pembelaan, pertahanan) itu sendiri. Kemudian kita namakan dengan difa' anil insan (membela manusia) itu sendiri, untuk melawan semua unsur yang mengikat kebebasannya dan menghalangi kemerdekaannya. Faktor-faktor yang tercermin dalam akidah dan pandangan hidup, sebagaimana tercermin dalam tatanan politik yang ditegakkan atas sekat-sekat ekonomi, kelas dan etnik yang dominan di seluruh muka bumi ketika Islam itu datang. Bahkan, sistem-sistem model begitu senantiasa dominan pada zaman jahiliah moden ini.

Dengan perluasan makna kata difa' ini, dapatlah kita menghadapi hakikat motivasi Islam mensyariatkan jihad di muka bumi ini. Kita dapat menghadapi tabiat Islam itu sendiri. Iaitu, sebagai 
  • penyataan umum untuk melepaskan manusia dari menyembah sesama manusia, dan 
  • menetapkan uluhiyyah dan rabbaniyyah terhadap alam semesta ini hanya untuk Allah saja. 
  • Juga untuk meruntuhkan kekuasaan hawa nafsu manusia di muka bumi, dan 
  • menegakkan kekuasaan syariah Ilahiah terhadap manusia.
Adapun usaha mencari alasan-alasan pembenar untuk memberikan makna jihad dalam Islam dengan pengertian sempit sebagaimana yang difahami sekarang sebagai perang defensif (untuk membela dan mempertahankan diri) semata, dan usaha-usaha mencari sandaran untuk menetapkan bahawa realiti jihad Islam adalah untuk menolak serangan musuh terhadap tanah air Islam (dalam pengertian mereka sebagian mereka hanya negara Arab saja), maka usaha-usaha itu dilakukan kerana 
  • minimumnya pengetahuan mereka terhadap tabiat agama Islam dan tabiat peranannya yang ia didatangkan ke muka bumi. 
  • Juga kerana sikap mider dan imperior menghadapi tekanan realiti masa kini. 
  • Serta, kerana kekalahannya menghadapi gempuran orientalisme yang penuh tipu daya terhadap Islam.
[Mukaddimah alAnfaal]

0 comments:

Post a Comment