Sesungguhnya kebenaran itu sendiri tidaklah samar bagi fitrah. Sesungguhnya terdapat sinergi dan keserasian antara fitrah dengan kebenaran. Fitrah itu diciptakan dengan kebenaran, dan dengan kebenaran pula diciptakannya langit dan bumi.
Akan tetapi, hawa nafsulah yang menghalangi antara kebenaran dengan fitrah. Hawa nafsulah yang menebarkan kegelapan, menghalangi pandangan, menggelapkan jalan dan menyamarkan jejak.
Hawa nafsu tidak dapat ditolak dengan argumentasi. Ia hanya dapat ditolak dengan takwa, rasa takut kepada Allah, dan kesedaran bahawa dia diawasi oleh Allah baik ketika bersembunyi mahupun di hadapan orang lain. Kerana itu, hanya furqaan daya pembeza inilah yang dapat menerangi jalan.
[atTaubah, 9:29]
0 comments:
Post a Comment