Soalan:
Slogan Ikatan Muslimin yang mendahulukan bangsa. Kenapa didahulukan bangsa? Sedangkan kita muslimin melihat pada namanya “Ikatan Muslimin” mendahulukan Islam. Bukankah itu akan menyebabkan kekeliruan sepatutnya bagi masyarakat umum. “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”, atau sepatutnya mungkin “Muslim Sepakat, Melayu Berdaulat”.
Jawapan:
Sebenarnya slogan itu berkait dengan realiti setempat Malaysia, slogan itu khusus di Malaysia kerana kita bercakap tentang negara kita, bercakap tentang situasi di Malaysia.
Kalau kita sebut di Malaysia ini, Muslim Sepakat, muslim itu boleh dirujuk kepada Arab, boleh dirujuk kepada Turki, boleh dirujuk kepada Iran, boleh dirujuk kepada sesiapa sahaja. Jadi kita bukan khayal, kita bercakap daripada realiti, idea kita daripada realiti, yang perlu sepakat di Malaysia ini ialah orang Melayu kerana orang Melayulah tonggak kuasa Islam di sini di sepanjang sejarah, semenjak dahulu kala.
Jadi, tidak timbul kita nak sebut Islam Sepakat. Kita hendak merujuk kepada siapa? Bilangan India yang muslim pun tidak besar dan bilangan Cina yang muslim pun tidak besar dan tidak boleh menjadi tonggak dalam soal atau perkiraan menegakkan risalah Islam dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment