Membangun Umat Beragenda

Saturday, 21 September 2013

Bagi saya keikhwanan sebagaimana kata al-Banna sendiri dan disebut-sebut dalam pengajarannya diukur pada kadar iltizam dengan manhaj fikri dan amalinya.

Dari segi manhaj fikri -mudah cerita- lihat pada manhaj tarbiah yang dipakai oleh satu-satu jamaah tu, dia pakai manhaj ikhwan atau tidak? Atau dia hanya pilih-pilih dari manhaj ikhwan sahaja apa yang sesuai?

Dari segi amali, lihat pada gerak kerjanya samada mengikut maratib amal atau tidak?

Adakah dia laksanakan risalah taklim (dari segi faham, maratib amal dan sebagainya) sepenuhnya atau tidak?

Saya perhatikan ada di antara pengulas menulis lebih kurang maksudnya oleh kerana Ikhwan masuk pilihan raya, HAMAS masuk pilihan raya dan kita pun masuk pilihan raya, maknanya kita sama.

0 comments:

Post a Comment