Kalimah Allah, apa isu sebenarnya ?
Saya bersyukur kerana mahkamah telah menjalankan penghakiman yang mampu menyekat beberapa pintu dakyah Kristianisasi ke atas umat Islam di Malaysia.
Normalisasi atau bahasa Arabnya disebut (At-Tathbii') yang membawa maksud penjinakan yang sedang berlaku dalam masyarakat dari kalangan umat Islam di Malaysia seharusnya dilihat satu usaha untuk mencairkan prinsip Al-Wala' wa Al-Bara' dalam pegangan akidah umat Islam.
Mereka yang melihat isu kalimah Allah per se, maka mereka boleh jadi merasakan ia tiada masalah kerana hukum asalnya adalah harus. Mereka mungkin berpendapat keputusan mahkamah adalah tidak wajar.
Namun permasalahan percaturan dan perancangan yang berlapis-lapis tidak mampu difahami melainkan sesiapa yang memahami gerak geri musuh, mempunyai firasat mukmin dan neraca syarak yang menuntut untuk menilai sesuatu perkara agar membawa keuntungan kepada perjuangan dan agenda Islam secara keseluruhannya.
Dalam syarak ada hukum asalnya harus tapi jadi haram. Juga ada hukum asalnya haram tapi boleh jadi harus. Ada juga yang tidak boleh berubah pengharamannya atas besarnya dharar.
Ini dipanggil 'An-Nisbiyah' atau relativiti dalam menentukan 'Manat Al-Hukmi' (lingkungan hukum syarak) tersebut.
Perbezaan pandangan para fuqaha' banyak berasal daripada perbezaan melihat sesuatu perkara itu secara hakikatnya, justeru mereka meletakkan hukum yang berbeza-beza kerana penakrifan situasi dan realiti itu berbeza.
Atas sebab itu, sebelum pergi berbincang mengenai apa-apa isu, mari kita sama-sama lihat dan bincangkan, apa sebenarnya yang sedang menimpa kita di Malaysia ini ?
Bagi saya, ia adalah satu proses normalisasi dan penjinakan, agar umat Islam di Malaysia ini dicairkan pegangan Al-Wala' dan Al-Bara' mereka berdasarkan akidah, lalu dengan mudah mereka ditakluk dan dijajah, hingga menjadikan mereka sebagai hamba yang redha dengan perhambaan di bawah pemerintahan golongan yang tidak beriman.
--
Melihat maslahat hanya boleh difahami sebagai seorang manusia kerana pada merekalah taklif syarak, justeru tak dapat lari daripada menilai kemaslahatan manusia namun yang menjadi perbincangannya adalah adakah penilaian itu menerusi kacamata syarak atau tidak? Adakah ia membawa kepada keredhaan Tuhan atau tidak ?
Tiada siapa boleh mendakwa dia mewakili Tuhan dalam menentukan hukum dan pandangan.
Dikumpulkan segala yang Tuhan mahu, membawa kita kepada perspektif baru, iaitu maqasid Tuhan adalah menaikkan golongan beriman, dan merendahkan golongan yang tidak beriman. Apa-apa yang membawa kepada perkara itu dikira syar'ie (berlandaskan disiplin syarak) dan apa-apa yang melawan tujuan itu dikira berlanggar dengan maqasid Tuhan dan tidak syarie walau apa pun bentuknya.
Orang kafir tidak diredhai Tuhan, perjuangannya apatah lagi. Jadi sesiapa yang terlibat dengan perjuangan orang kafir secara sedar maka dia berdosa. Sesiapa yang terlibat namun tidak disedari dia diperalatkan, maka dia jahil dan diangkat 'tanggungjawabnya' kerana ketiadaan ilmu.
Namun status ini saya tuliskan agar orang-orang seperti Ust Wan Ji, para fellow IRF dan geng-geng projek dialog mudah-mudahan menyedari bahawa mereka sedang diperalatkan dan digunakan oleh puak-puak yang tak mahu Islam yang sebenar itu tertegak, dengan menggunakan orang yang berlabel ustaz dan berwajah islamis, agar mereka boleh mengelirukan masyarakat dengan pemikiran mereka, atas nama Islam.
--
Dalam Usul Fiqh, Al-Iznu (keizinan) termasuk dalam hukum Al-Ibahah (harus). Sedangkan Al-Wujub (kewajipan) itu lebih tinggi martabatnya berbanding dengan keizinan. Begitu juga Al-Hurmah (larangan) lebih tinggi martabatnya berbanding keizinan.
Jika keizinan menggunakan perkataan itu bertembung dengan kewajipan pertahan identiti umat Islam dan akidahnya, adakah kita perlu berpegang dengan keizinan itu atau kita utamakan kewajipan ?
Jika keizinan itu bertembung dengan pengharaman menolong orang kafir menegakkan dakyah dan agenda mereka, adakah kita perlu berpegang kepada keizinan itu atau kita utamakan pengharaman ?
Ini asas ilmu maqasid. Tidak perlu putar belit.
--
Orang yang berhak boleh kehilangan haknya jika disalahguna. Itu namanya hukuman dunia. Pencuri kehilangan hak memiliki tangan kerana menyalahguna hak tasarruf (pengurusan diri) yang Allah beri padanya. Penjenayah boleh kehilangan hak memiliki kebebasan sekiranya ditangkap atas dasar menceroboh hak orang lain.
Kalau orang Kristian nak hak mereka dalam penggunaan kalimah Allah, jangan duduk di Malaysia kerana hak itu telah disalahgunakan dan telah disabitkan 'tidak berhak' di mahkamah Malaysia.
Itu pun kalau benar-benar berhak lah ....
--
Dalam pentadbiran negara, tak semua perkara ada disebut satu persatu oleh nas-nas syarak. Banyaknya terpakai kaedah maslahah mursalah yang diselarikan dengan maqasid syariah dalam dasar dan polisi. Memang dalam siyasah banyaknya ruangan yang diberikan dalam bab ijtihad pemerintah dalam menguruskan negara. Perkara in
Atas sebab itu ada kaedah fiqh menyebut ; "Tasarruful imam ala ar-ra'iyyah manutun bil maslahah" yakni segala perilaku dan perbuatan imam termasuklah dasar-dasar negara yang ditetapkan oleh pemimpin mestilah di dalam lingkungan memberi maslahat kepada rakyat.
Atas sebab itu juga para ulama' mensyaratkan pemimpin atau imam mesti mencapai martabat ijtihad yang bebas tanpa terikat dengan taqlid, supaya dia mampu melaksanakan tugas imamah yang bermaksud ; Membawa semua rakyat kepada sudut pandang syarak (secara paksa atau sukarela). Dengan ijtihad dia mampu melaksanakan polisi dan dasar yang benar-benar tepat dengan pandangan syarak dalam pemerintahan.
Dengan penjelasan di atas, diharap mampu kita fahamkan bahawa pemerintah berhak menentukan sesuatu dasar dalam negara demi menjamin kemaslahatan bagi agama, masyarakat dan negara.
Jadi penetapan penghakiman bukanlah berdasarkan sentimen, tetapi berdasarkan siyasah syariah. Wallahua'lam.
--
Saya terus terang mengatakan tidak memahami metode penghujjahan Ust Wan Ji. Mungkin saya belum habis belajar lagi.
Sekejap guna keizinan, bila dah dipatahkan dengan kewajipan dan pertembungan dengan pengharaman, diguna pula hujjah hak yang sabit. Bila dipatahkan hak kerana telah disalahguna, dikatakan hak itu tidak boleh dinafikan walau apa cara sekalipun melainkan dengan kehendak syarak. Bila dikupas mengenai prinsip siasah syariah dijawab pula tidak boleh melangkaui keizinan syarak tersebut. Sedangkan Umar Al-Khattab pernah menangguhkan hukuman hudud pada waktu kemarau kerana ada syubhat 'mencuri makanan kerana menjaga nyawa'. Jadi hudud tidak boleh terlaksana. Bukankah kalau syubat juga ada dalam penyalahgunaan kalimah Allah, maka wajar juga kita pakai prinsip siasah syar'iyah ini dan melarang mereka dari penggunaan nama Allah ini ?
Isunya adakah benar-benar yang syarak mahukan adalah orang kafir menyebut nama Allah ataupun syarak lebih mahukan agar umat Islam terjaga akidah mereka dan dakyah orang-orang sesat seperti yang Allah katakan kepada Nasrani tidak tersebar ? Sejak bila pula maqasid syarak ini mahukan orang kafir sebut nama Allah ?
--
Terima kasih atas penjelasan. Namun saya tetap berpegang bahawa :-
1. Halangan penyalahgunaan kalimah Allah bagi pihak Kristian tidak merosakkan akidah mereka, tidak menghalang ibadah mereka, juga tidak merosakkan segala upacara ritual mereka. Jadi apa mudharatnya?
2. Orang kafir beria-ia mahukan penggunaan kalimah Allah dalam edaran bahasa Melayu kenapa ? Ada syubhat dakyah Kristianisasi yang jelas kerana orang Melayu dalam perlembagaan adalah Islam. Dan risalah yang sesat tidak perlu diizinkan untuk tersebar.
3. Sekiranya benar itu adalah hak untuk orang Kristian, maka jika berdasarkan demografi Malaysia yang majoritinya umat Islam, kehendak umat Islam mesti diutamakan kerana mereka tuan punya tanah. Sekiranya hak Kristian bertembung dengan hak umat Islam, kalau ikut hukum demokrasi pun, hak Islam yang akan menang.
4. Syubhat yang berlaku dalam isu kalimah Allah ini adalah syubhat muhaqqaqah atau syubhat yang nyata kerana dakyah Kristianisasi terbukti tersebar dengan cara ini kepada anak-anak muda dan kanak-kanak Islam. Selain ia melanggar perlembagaan, menyokong pendakyahan Kristianisasi boleh membawa kepada kufur kerana meredhai agama lain.
--
Saya rasakan bahawa hujjah yang dikemukakan tetap tidak dipatahkan dengan 'hak yang didakwa' itu walaupun ada orang Kristian juga pertikai penggunaan kalimah Allah dalam bible. Jadi isu sabitnya hak itu boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijadikan sandaran.
Saya juga kira tidak sampai kepada WAJIB membenarkan orang Kristian gunakan kalimah Allah hanya semata-mata keizinan yang ada di dalam Al-Quran dan situasi tertentu seperti bersumpah dan sebagainya yang menyuruh non-Muslim menyebut kalimah Allah. Tiada lafaz suruhan dalam Quran untuk menyuruh, yang ada hanyalah penceritaan reaksi dan peristiwa orang Arab yang sudah mengenali Allah sejak dahulu kala sebelum datangnya Nabi SAW.
Pertimbangan maslahat dan mudharat perlu digunakan dengan bijak dan tidak semberono. Posisi di mana kita berada juga perlu benar-benar disemak semula. Kita di dalam negara Islam walaupun tidak sempurna, kita dipimpin oleh orang Islam walaupun tidak sempurna, dan kita masih punyai masyarakat Islam yang majoriti walaupun banyak yang perlu diperbaiki.
Perjuangkan apa yang masih ada pada kita, bina apa yang kita tiada. Jangan tunggu bila semua hakim non-Muslim yang mengurus mahkamah baru kita terngadah nak perjuangkan hak-hak umat Islam dan keislaman perlembagaan serta negara.
Metode penghujjahan yang tepat juga perlu, jangan kita ambil sebahagian ayat Quran yang mengizinkan tapi kita abaikan pula ayat Quran yang suruh berhati-hati dengan orang Kristian dan Yahudi yang mahu keluarkan kita daripada agama Islam. Adakah Ust Wan Ji menyedari ayat-ayat yang cukup banyak yang membawa kepada mafhum ini ? Kalau kita mengkaji satu persatu ayat Al-Quran, suruhan untuk berhati-hati dengan mereka jauh lebih banyak dan kuat berbanding 'keizinan' dalam menyebut nama Allah.
Saya nasihatkan agar kaji semula tawajjuh dan pembawakan Ust Wan Ji dalam projekdialog dan Lepak Maqasid ini, serta berhati-hati dengan imej 'ustaz' yang dibawa.

- Yang jelas, Tuhan benci orang kafir.
- Yang jelas, Tuhan benci disyirikkan.
- Yang jelas, Tuhan benci orang yang zalim dan menolong kezaliman.
- Yang jelas, Tuhan kata orang Kristian sesat, dan Yahudi dimurkai.
- Yang jelas, Tuhan menyuruh kita berjuang melawan orang kafir.
- Yang jelas, Tuhan mahukan Islam menang melawan orang kafir.

0 comments:
Post a Comment