Membangun Umat Beragenda

Wednesday, 13 November 2013

SINGKATAN SEJARAH KENABIAN
Sekarang, kami hendak menerangkan kepada anda, bagaimana bermulanya silsilah kebangkitan Nabi- nabi dan perkembangannya di kalangan ummat manusia, sehingga silsilah itu berakhir dengan kenabian Nabi yang agung, ketua dan penutup seluruh Nabi.

Adalah suatu perkara yang tiada tersembunyi bahawa Allah Ta’ala pada mulanya telah menciptakan seorang manusia. Daripadanya diciptakannya isterinya. Kemudian, dan keduanya dibiakkannya semua manusia yang anda lihat pada hari ini yang mendiami berbagai pelusuk bumi dan segala Sudutnya, yang terbahagi ke dalam berbagai bangsa dan ummat.

Sesungguhnya telah sekata tokoh agama dan tokoh sejarah bahawa silsilah jenis manusia ini telah bermula dari diri yang satu. Demikian juga ilmu sains tidak mensabitkan adanya beberapa peribadi asal yang berlainan di berbagai rantau dan kawasan muka bumi ini, yang dan mereka itu terpecah berbagai cabang ummat yang tersebar di muka bumi pada masa kini. Bahkan apa yang diperoleh kebanyakan sarjana ilmu ini ialah bahawa pada mulanya dijadikan hanya seorang manusia, dan manusia yang satu itu terpecah cabang cabang manusia yang ada pada hari ini.

Diri tunggal asal-usul pecahan ummat manusia itu dalam bahasa kita disebut: Adam. Dan kata itulah terbentuk perkataan “Keturunan Adam”, yang bererti: manusia.

Adam ‘alaihissalam yang telah diangkat darjatnya oleh Allah, dan dijadikanNya Rasul yang pertama di bumi, diperintahkanNya untuk mengajarkan Islam kepada zuriatnya. Ertinya, hendaklah diterangkannya bahawa bagi kamu dan bagi seluruh alam ini tiada tuhan melainkan Tuhan yang esa.

Maka janganlah kamu mengabdikan din dan jangan minta tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu sujud melainkan kepadaNya. Dan jangan kamu pergunakan hari-hari kehidupan kamu melainkan bersesuaian dengan keridhaanNya. Hendaklah kamu berlaku adil dan beramal salih. Jika kamu lakukan yang demikian itu akan dibalasiNya kamu dengan balasan bagi orang baik. Dan jika kamu membangkang untuk ta’at kepadaNya akan diganjaniNya kamu dengan ganjaran bagi orang jahat.
  • Adapun zuriat Adam yang salih, mereka mengikut datuknya. Mereka berpegang kepada petunjuknya berupa tali yang kemas dan jalan yang lurus. 
  • Adapun mereka yang zálim, mereka enggan menta’atmya. Mereka ikut hawa nafsu. Sehinga berlakulah pada mereka kejahatan dan mungkar dengan segala cawangannya, sedikit demi sedikit.

Sebahagian mereka mengabdi kepada matahari, bulan dan bintang Sebahagian manusia mengambil sebangsa haiwan. Sebahagian mereka menyangka bahawa bagi setiap benda seperti air, api, penyakit, kesihatan, dan kekuatan alam kurnia Tuhan, masing mempunyai tuhan yang khas. Demikianlah manusia itu mengibadati semua yang dianggap tuhan dan mengusahakan keridhaanya sehingga ia meliputi semua kehidupan manusia dan mereka mengharap memperoleh kurnia dan ni’mat.

Demikianlah kebodohan itu muncul bukan hanya satu macam, dalam rupa syirik dan pengabdian kepada berhala dan patung. Daripadanya terpecah beberapa ugama di muka bumi ini. Semua ini berlaku pada waktu tersebarnya zuriat Adam di pelusuk dan ceruk rantau bumi yang berlainan. Mereka terpancar menjadi beberapa bangsa dan ummat yang berbeza. Maka jadilah untuk setiap ummat itu ugama yang khas. Bagi setiap agama ada perintah dan syi’ar-syi’arnya sendiri yang tidak ada pada agama lain.

Semuanya itu dapat dikatakan, bahawa manusia tatkala melupakan Allah sebagai Tuhan mereka, melupakan juga agamaNya yang telah didatangkan dan diajarkan oleh datuk mereka Adam ‘alaihissalam. Mereka mengikut hawa nafsu. Mereka dikuasai oleh perintah dan taqlid yang buruk dan berbagai jenis. Berkembang1ah di antana mereka fikiran yang batil dan pandangan jahiliyyah. Mereka tersalah dalam membezakan antara yang memberi manfa’at dan yang memberi mudrat, di antara yang haq dengan yang batil.

Oleh kerana itu Allah bertindak mengutus Rasul-rasul dan Nabi-nabiNya kepada setiap ummat. Mereka mengajarkan manusia dan menerangkan kepadanya ajanan yang telah di turunkan — sebelumnya — oleh Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka mengingatkan apa yang telah dilupakan manusia.

Mereka mengajar manusia untuk mengabdikan diri kepada Tuhan yang esa. Dilarangnya mereka daripada syirik dan mengibadati berhala serta patung. Dipalingkannya mereka daripada rangkuman taqlid yang jahat dan perintah yang batil. Ditunjukinya mereka kepada jalan yang diridhai pada isi Allah untuk menjalani hidup manusia. Diterangkannya kepada mereka undang-undang yang betul dan disuruhnya mereka mengikutinya.

Tiada suatu negeri pun di dunia in sejak dan India, Negeri Cina, Iran, ‘Iraq, Mesir, Afrika atau Eropah, melainkan telah turun padanya Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya., Semua Nabi itu, tidak berugama melainkan dengan ugama yang satu, yaitu yang kita namai dengan “Islam”, meskipun ada perbedaan kecil mengenai cara-cara para Nabi yang berlainan itu dalam menyampaikan ajarannya dan undang undang kehidupan yang dikemukakannya ini disebabkan oleh kerana setiap Nabi menghadkan perjuangannya khusus untuk memerangi suatu kejahilan yang khas yang bersebar di kalangan kaumnya, dan memperbaiki fikiran-fikiran yang batil yang teristimewa tertanam di tengah-tengah kaumnya, dan pada waktu ummat-ummat ini masth di dalam peringkat perjalanan permulaannya dalam kemajuan, tamaddun, ilmu dan akal. Dalam hal demikian telah datang kepada mereka Nabi-nabi-Nya dengan pengajaran dan syari’ah yang luas. Dan manakala ummat-ummat ini meningkat di dalam bidang-bidang yang tersebut, makin maju pulalah pengajarannya, syari’ah.syari’ahnya dan rancangan Kemudian, tiadalah perbezaan-perbezaan ini melainkan pada zahirnya sahaja. Adapun jiwa yang mengaliri seluruh syari’ah dan’ pengajaran ini adalah satu yaitu mentauhidkan Tuhan dalam ‘aqidah, kebénaran dan keikhlasan dalam beramal, dan iman akan kehidupim akhirat.

Adalah mengherankan perlakuan manusia ke atas para Rasul dan Nabi. Mereka sakiti Nabi-nabi itu. Mereka bongkak danipada menta’atinya. Mereka bunuh sebahagian daripadanya. Mereka usir pula sebahagiannya. Sehingga sebahagian Nabi tiada yang beriman kepadanya meskipun mereka telah menghabiskan umurnya untuk da’wah, melainkan beberapa orang sahaja. Tetapi hamba-hamba Allah yang utama ini tidak merasa rendah dan tidak berhenti daripada perjuangan mereka sehingga da’wah mereka berkesan dan kebanyakan manusia mengikutinya.

Dan ada pula yang di dalam pertumbuhan sesuatu agama, kesesatan masuk ke dalam pengajarannya. Sebahagian ummat menukar pengajaran Nabi-nabi setelah wafatnya. Di masukkannya sangkaan dusta di dalam kitab-kitab para Nabi itu. Diciptakannya cara untuk mengabdikan diri kepada Allah yang dibuatnya sendiri.

Sebahagian manusia mulai menyembah para Nabi. Sebahagiannya berkata: Allah turun ke muka bumi dengan rupa NabiNya. Sebahagiannya menganggap Nabi itu anak Allah. Sebahagiannya menyengutukan Nabi dengan Allah di dalam ketuhananNya.

Demikianlah, manusia yang hidup pada zaman yang berbeza dari pada seluruh pelusuk bumi mencampurbaurkan ajaran para Nabi setelah wafatnya. Mereka menciptakan berhala dan patung yang telah dihancurkan oleh para Nabi itu sebelumnya. Mereka pelihara berhala-berhala itu. Mereka ubah pengajaran dan syari’ah para Nabi. Mereka campurkan ke dalamnya berbagai macam bid’ah dan ajaran jahiliyyah, taqlid-taqlid ( membuta-tuli pent.) yang dusta, kisahkisah yang karat. Mereka campur baurkan ajarannya dengan undang-undang yang dibuat oleh manusia yang terbit dari dirinya sendiri. Sehingga selepas berabad lamanya orang tiada mengetahui lagi cara untuk membedan petunjuk para Rasul dan syari’at mereka yang asal dengan apa yang dibaurkan ke dalamnya oleh pengikut yang datang keinudian’ . Dengan demikian, pada pertengahan riwayat perjalanan agama itu hilanglah hal-ehwal dan sejarah hidup para Nabi yang sebenarnya.

Sehingga tiada tinggal lagi pada manusia sesuatu yang boleh diperpegangi dan di percayai mengenal Nabi-nabj itu.

Meskipun demikian, penjuangan dan usaha para Nabi itu tidak hilang seluruhnya. Masih ada tinggal lagi sebahagian kebenaran dan yang haq pada setiap ummat, meskipun pengajaran Nabi itu telah dicampurbaurkan dan telah diubah mengikut kehendak mereka sendiri.

Sesungguhnya telah bersebarlah ‘aqidah mengenai Allah dan tentang kehidupan akhirat pada semua ummat mengikut sesuatu gambaran. Dan sejahteralah dunia ini pada umumnya dengan suatu kumpulan asas kebajikan, kebenaran dan akhlaq. Setiap Nabi mendidik ummatnya dan menjadikannya berkeadaan baik kerana menerima yang haq. Sehingga kemungkinan untuk melingkupi seluruhnya, dari suatu kepada suatu sudut yang lain, dengan satu agama sahaja. Dan adalah ia satu agama untuk seluruh manusia, tanpa berbeza antara berbagai ummat yang beragamragam itu.

Demikianlah, kami telah terangkan kepada anda sebelum ini bahawa Allah tidak mengutus kepada tiap-tiap ummat melainkan Rasul-rasul yang khas untuk mereka, dan kepada ummat itulah terhingga da’wah mereka. ini disebabkan kerana ummat-ummat pada masa itu berlainan, tiada bercampurbaur di antara mereka. Setiap umat terikat dengan sempadan buminya. Dan adalah sukar dalam keadaan seperti itu untuk menyebankan kepada semua ummat dan semua bangsa di muka bumi ini pengajaran yang sama yang melingkupi seluruhnya dan yang mempersatukan. Tambahan lagi, bahawa keadaan setiap ummat itu berlainan antara yang satu dengan yang lain. Dan kejahilan berperingkat-peringkat pula di berbagai bahagian bumi, sehingga kebinasaan yang muncul daripada kejahilan dalam i’tikad dan akhlaq ini mempunyai gambaran yang berbeda pada tempat-tempat dan masa-masa yang berlainan.

Kerana semua inilah makanya kepada setiap ummat di bumi ini dikirim Rasul yang menumpukan perjuangannya untuk mengajar dan mencerdaskan sesuatu ummat yang khas menuju kepada jalan yang benar, menumpas sangkaan salah, dan — sebagai gantinya — menyebarkan di kalangan ummat itu fikiran-fikiran sihat sedikit demi sedikit. Dibendungnya mereka daripada jalan yang batal.

Ditunjukinya mereka untuk mengikut undang-undang yang adil yang tinggi nilainya. Didiknya peribadi-peribadinya seperti seorang ibu mendidik anak-anaknya yang kecil. Tiada seorangpun mengetahui selain Allah berapa ribu tahun telah berlalu pendidikan manusia di bumi menurut cara ini, sehingga kemanusiaan itu sampai kepada suatu peringkat dalam perjalanan masa, yang ia telah melampaui masa kanak-kanaknya dan mulai masuk ke hari dewasanya. Dan meningkat naik dalam berbagai lapangan serta mencapai kemajuan dalam industri dan perniagaan di antara berbagai daerah.

Dan jadilah manusia itu melakukan perlawatan dan Negeri Jepun dan Cina ke Negeri Eropah dan Afrika yang jauh melalui jalan laut dan darat. Berkembanglah penulisan pada kebanyakan bangsa.

Bersebarlah padanya ilmu pengetahuan, terjadilah tukar menukar pandangan, fikiran dan tajuk-tajuk ilmiah dalam bidang ini. Dan muncullah di muka bumi ini penakluk-penakluk dan tokoh yang berkuasa yang menaklukkan negeri-negeri jirannya. Mereka menyusun empayar-empayar besar di muka bumi yang melingkupi bukan hanya satu negeri, yang di ke arah kerendahan dan kehinaan. Dan adalah ummat ini dalam abad ke enam Masehi sedang berada dalam melepaskan diri dengan sempurna daripada kesan-kesan kejahatan yang tersebar di kalangan bangsa-bangsa dunia lainnya yang bertamaddun. Padanya ada sifat-sifat kemanusiaan sejagat yang mungkin dimiliki oleh sesuatu ummat yang tidak dibinasakan oleh kemewahan dengan segala bencananya, Bangsa ‘Arab mempunyai sifat berani, mahu ke depan, tidak gentar dan takut, pemurah, pemegang janji, merdeka berfikir dan berpandangan, menyukai kemerdekaan dan kebebasan, mereka dulukan kemerdekaan dan kebebasan itu daripada sesuatu yang lain, kuduk mereka tidak tunduk kepada bangsa asing, dalam urat-uratnya mengalir jiwa perjuangan mati matian untuk mencapai cita-cita. Mereka hidup tiada mengenal kemewahan dan kesenangan. Memanglah tiada diragukan bahawa pada mereka banyak kejahatan - kemungkaran. Tetapi pokok-pangkal kejahatan itu kerana kesunyian daripada pimpinan Rasul Allah sejak seribu lima ratus tahun’, dan tiada pemimpin yang memberikan mereka yang berjuang meninggikan budi pekerti mereka dan yang mengajar mereka tamaddun dan kemajuan. Kejahilan telah tersebar di kalangan mereka disebabkan mereka hidup dalam kebebasan di kawasan gurun berabad-abad lamanya. Kehampaan mereka telah sampai kepada peringkat kejahilan kerana tiada seorangpun sejak dahulu yang menghaluskan sifat-sifat mereka dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kebinatangan untuk menuju cahaya kemanusiaan.

Tetapi, meskipun demikian keadaannya, mereka boleh menengak dan menundukkan dunia andaikata ada seorang tokoh yang bijak yang memperbaiki dan mengajari mereka, dan mereka akan mengikut kesan-kesan da’wahnya dan pengajarannya dengan ini. Kepada ummat yang muda, yang berani, yang mahu kedepan seperti inilah keRasulan sejagat sangat berhajat untuk menyebarkan kalimahnya, dan untuk menyebarkan da’wahnya di seluruh sudut dan pelusuk dunia.

Kemudian, layangkanlah pandangan anda kepada Bahasa ‘Arab. Apabila anda membaca bahasa ini dan anda pelajari kesusasteraanya nescaya nyatalah bagi anda tanpa sedikit pun keraguan, bahawa tidak mungkin di dunia ini ada satu bahasa yang lebih menasabah daripada bahasa ini untuk mengeluarkan fikiran-fikiran yang tinggi, menjelaskan makna makna ilmu ketuhanan yang halus-halus dan mengesankan ke dalam kalbu. Dengan sedikit ayat bahasa ini ia boleh menerangkan tajuk-tajuk penting, dan memberi kesan yang mesra ke dalam hati.

Bahasa yang seperti inilah yang diperlukan oleh makna makna Al-Qur’an Al-Karim. Adalah daripada hikmah Allah yang halus dan kurnia Nya yang melingkupi seluruh hambanya bahawa Ia memiih bumi ‘Arab daripada bumi lainnya bagi menurunkan ke Nabian sejagat.

Marilah kami terangkan kepada anda, apa yang dilakukan oleh tokoh yang telah dilantik oleh Allah Ta’ala menjadi Nabi yang tiada taranya di dunia ini.

0 comments:

Post a Comment