Membangun Umat Beragenda

Tuesday, 24 September 2013

Untuk kita memahami prinsip dan pegangan Ibnu Taimiyyah dalam bab melantik orang kafir sebagai pemimpin, saya nak petik beberapa perenggan daripada Majmuk Fatawa Ibni Taimiyyah (saya ambil daripada Usul al-Ifta’, An-Nadzoriah Al-Ammah fil Hilf wal Isti’anah – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid) dalam ulasan Rukun kedua:
“Dan Salahuddin serta ahli keluarganya, mereka tidak pernah mengambil orang Nasrani sebagai pemimpin atau kawan rapat (muwalaah), dan mereka tidak pernah mengambil mereka sebagai pekerja dalam bab pentadbiran hal ehwal orang Islam.

Dengan itu mereka sentiasa ditolong dan dimenangkan oleh Allah SWT ke atas musuh mereka, walaupun dengan kekurangan harta dan bekalan. Adapun kekuatan Nasrani & Tatar menjadi semakin kukuh selepas matinya Al-Adil (adik Salahuddin)

Sesungguhnya fitnah (pergaduhan) itu banyak berlaku di kalangan muslimin, dan mereka berpecah apabila mulanya orang-orang Nasrani bersama-sama para pemerintah di negara Mesir ketika zaman Al-Muizz – Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah, 28/639

“Maka hendaklah kita mengambil pengajaran dengan sirah Nuruddin Az-Zanky, Salahuddin Al-Ayyubi, kemudian Al-Adil, bagaimana Allah boleh mengukuhkan kedudukan mereka dan menolong mereka membuka negara lain, serta bagaimana Allah boleh menghinakan musuh mereka, apabila mereka melakukan itu dengan caranya?

Serta hendaklah kita juga mengambil pengajaran dari kisah orang-orang yang mempercayai golongan Nasrani dan mengambil mereka sebagai pemimpin, bagaimana Allah telah menghinakan mereka dan merendahkan martabat mereka?

Orang muslimin – alhamdulillah – tidak perlu pun kepada mereka (dalam mentadbir negara dan urusan hal ehwal umat Islam), sesungguhnya suatu ketika dahulu Khalid Al-Walid RA pernah menulis kepada Umar Al-Khattab RA dan berkata;
“Di Syam ini ada seorang nasrani yang mengendalikan urusan cukai, hanya dia sahaja yang boleh mengutipnya”

Umar Al-Khattab membalas: “Jangan ambil dia sebagai pekerja”
Khalid menjawab: “Kita sangat perlu kepada dia”
Umar Al-Khattab membalas: “Jangan ambil dia sebagai pekerja”
Khalid membalas lagi: “Kalau kita tak lantik dia, rugilah kita (kerana tak dapat mengutip cukai)”
Umar Al-Khattab membalas: “(Pergi) matilah nasrani itu. Wassalam” – (tamat kisah Umar dan Khalid – sambungan komentar daripada Ibnu Taimiyyah)

Seperti yang disebut dalam riwayat yang sahih bahawa Umar suatu hari pernah diikuti oleh seseorang musyrik untuk berperang bersamanya, namun beliau berkata: “Sesungguhnya aku tak meminta tolong daripada seorang musyrik.”

Sepertimana yang mampu berjihad hanyalah orang muslimin yang beriman, seperti itu jugalah yang mampu menolong tentera dalam urusan harta dan pekerjaan mereka hanyalah orang yang muslim dan beriman ..

.. pada orang muslimin itu sudah cukup untuk menampung segala maslahat mereka, segala puji bagi Allah” – Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 28/643

--

Moga ufuk kita lebih luas dalam menilai dan lebih telus dalam menaqalkan kata-kata. Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment