Membangun Umat Beragenda

Tuesday, 24 September 2013

Saban hari, jam dan minit cabaran bertali arus terhadap Melayu dan Islam di Malaysia. Tapi malangnya Parti Melayu asyik pertahankan mereka dengan hujjah yang cetek kerana masih mengharapkan Tahaluf Siasi dapat berikan untung dalam pilihanraya akan datang.

Belum semak apa apa resolusi dari Dewan Ulamak dah pertahankan Tahaluf untung untuk Islam hanya perlu penambaikan. Hanya dengan sedikit layanan istimewa untuk barisan pimpinan maka dikatakan mereka berminat dan faham tentang Islam.

Bila disebut Syiah sesat. Jawapanya saya telah berjumpa dengan pimpinan Syiah, mereka perkatakan Sunni patut mengetuai perjuangan Islam kerana sunni ramai. Hujjah yang amat cetek.

Bila bercakap masalah profesional dalam pimpinan, katanya profezional banyak bantu parti Islam. Contohnya Aminuddin Baki, Profesor Ahmad Ibrahim dan lain-lain lagi. Mereka semua telah kembali kerahmatullah. Masalahnya ada profesional sekarang yang bawa aliran liberal dan mengubah halatuju parti sekarang. Orang bercakap tentang profesional sekarang yang bawa aliran berlawann dengan Islam. Profesional yang perjuangkan fikrah tak perlu dipersoalkan.

Bila ada usaha untuk mertabatkan ekonomi bumiputera, terus ditanya untuk bangsa China apa habuannya. Adakah pimpinan bangsa China pernah
memikirkan hal ekonomi bumiputera dalam keadaan mereka telah menguasai hampir 80 % ekonomi Malaysia.

Bila diminta untuk bersepakat antara parti parti Melayu, jawapan terdahulu ialah kerajaan hampir lemas. Ikut kaedah orang kelaut atau nelayan tak boleh tolong kerana kita juga akan lemas. Saya pernah jadi nelayan

0 comments:

Post a Comment