Langkah ke hadapan:
1. Saya merasakan era Dato Seri Anwar Ibrahim sudah berlalu dan beliau harus menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi menjadi harapan bangsa Melayu. Masa untuk beliau menjadi pensyarah sudah tiba dan sangat elok jika beliau meneruskan niat tersebut di Perancis
2. Najib sudah pasti menghadapi jalan yang sangat sukar dan berliku. Saya tidak yakin ahli UMNO akan terus menyokong beliau. Bukan saja beliau gagal mengambil semula Selangor malah bilangan kerusi BN di parlimen semakin merosot. Strategi beliau terlalu memberi muka kepada orang Cina telah memakan diri sendiri. Bukan saja orang Cina meludah beliau balik malah orang Melayu UMNO sendiri meluat terhadap beliau. Kalau Pak Lah merelakan diri beliau dikorbankan untuk memberikan laluan kepada Najib disebabkan keputusan yang tidak memberangsangkan pada PRU12, maka saya rasa tidak ada salahnya jika Najib membuat perkara yang sama untuk memberi laluan kepada TS Muhyidin.
3. Ahli PAS perlu melihat secara serius tahaluf mereka dengan DAP kalau mereka masih mahu releven lagi pada PRU14. Sikap toleransi berlebihan yang ditunjukkan kepada DAP telah memakan diri mereka. Begitu juga dengan kekalutan didalam pemikiran pimpinan mereka dengan dominannya golongan liberal dan syiah jelas menakutkan orang Melayu dan itu punca mereka ditolak. Golongan ulamak harus mengambil alih semula pimpinan dan membetulkan kembali hadaf perjuangan mereka. Selaku parti terbesar dan tersusun dalam Pakatan Rakyat, sudah pasti PAS boleh melakukan lebih dari DAP dan PKR. Yang perlu hanyalah KEBERANIAN mereka untuk melakukan perubahan dalam saf pimpinan. Saya yakin ramai golongan islamis dan orang Melayu akan berpatah balik kepada PAS.
4. The ultimate solution adalah tidak lain dari berlakunya penyatuan antara PAS dan UMNO. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun ini adalah penyelesaian sebenar jika kita semua ingin melihat islam dimartabatkan dinegara ini dan kedudukan orang Melayu di perkokohkan. Lupakan sebentar kelemahan yang berada pada mana-mana pihak tetapi sebaliknya melihat kekuatan yang ada pada parti masing-masing. Tanpa berniat untuk mengenepikan bangsa lain tetapi jangan sampai kita menggadaikan bangsa dan agama sendiri. Ambil peluang ini untuk mulakan langkah ke arah PENYATUAN. Jika DAP bertindak keluar dari gabungan dengan PAS bila mereka tewas teruk pada 2004, maka apakah salah jika PAS keluar dari Pakatan untuk membina kembali jati diri parti.
0 comments:
Post a Comment