Membangun Umat Beragenda

Tuesday, 24 September 2013

"Allah menolong negara yang adil walaupun kafir, dan Allah tidak menolong negara yang zalim walaupu ia mukmin" - 28/63 Majmuk Fatawa Ibni Taimiyyah.

Banyak orang tersalah faham konteks ayat ini. Saya tak nak sebut mereka itu literalist sebab perkataan itu agak sensitif. Saya cuma mahu kita bersikap adil dalam menilai sesuatu pandangan.

Saya nak ulas sedikit berdasarkan beberapa kerat ilmu yang saya ada;

1. Kata-kata ini beliau naqalkan (tidak ditulis siapa yang kata) dalam bab Hisbah (pemerintahan). Beliau memulakan fasal ini dengan kata-kata berikut:
 "Hukum asal bagi pemerintahan ini adalah hendaklah engkau mengetahui bahawa semua wilayah (jawatan) dalam Islam tujuannya adalah untuk menjadikan Ad-Deen (cara hidup) semuanya untuk Allah, dan hendaklah Kalimah Allah itu diletakkan di tempat paling tinggi sekali, kerana Allah menciptakan segala ciptaan-Nya untuk tujuan itu (meninggikan kalimah Allah, menjadikan ubudiyyah mutlak satu dunia kepada-Nya).

Oleh itu, adalah tidak masuk akal sama sekali untuk kita mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah bermaksudkan bahawa lebih baik kita duduk di negara kafir yang adil berbanding negara muslim yang zalim, lalu kita boleh mencalonkan orang bukan Muslim memimpin negara kita.

Bahkan kita harus sesuaikan dengan konsep sebegini, apabila orang Islam memimpin negara, keadilan (dalam konteks pemerintahan - tiada korupsi dan jaga hak rakyat) adalah satu nilai sejagat yang menjamin kestabilan mana-mana negara tak kira sama ada negara itu kafir atau mukmin. Keadilan itu adalah sunnah kestabilan mana-mana negara.

Ia adalah seruan untuk semua pemimpin muslim yang zalim agar berlaku adil kepada rakyat dan mengingatkan mereka jika mereka zalim, kerajaan mereka takkan kekal. Bukanlah seruan kita harus gantikan muslim zalim ini dengan kafir yang adil. Ini adalah silap sama sekali.

Sebab itu Ibnu Taimiyyah memulakan bab ini dengan hukum asal pemerintahan - iaitu meninggikan syarak, meninggikan kalimah Allah dan melaksanakan ubudiyyah perundangan kepada Allah, bukan memulakan dengan cerita mengenai adil atau zalim.

2. Beliau menyebut dalam fasal lain;
"Sesungguhnya tidak diketahui keadilan dan kezaliman itu melainkan dengan ilmu. Maka oleh kerana itu, agama adalah semuanya ilmu dan keadilan, dan berlawanan dengan agama adalah kezaliman dan kejahilan."

Beliau bukan mengatakan, keadilan itu semuanya adalah agama. Tapi beliau mendahulukan perkataan 'agama' itu sebagai pokok, manakala keadilan adalah ciri-cirinya.

3. Katakanlah kalau benarlah apa yang mereka salah fahami bahawa Ibnu Taimiyyah kata sebegitu untuk mensyar'iekan pelantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin negara kerana ia yang akan Allah tolong, maka kata-kata yang mursal tidak diketahui siapa yang meriwayatkannya tetap TAK AKAN DAPAT melawan/setanding dengan nas-nas yang sahih dari Al-Quran yang melarang kita melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin utama.

Sekiranya ada dalil-dalil yang bertentangan, kena lihat mana yang lebih kuat untuk digunapakai kalau tak boleh sesuaikan keduanya. Tadi kita dah cuba sesuaikan (kalau kita setuju untuk kata kalam first tadi sebagai dalil), dan sekarang kita cuba sekiranya tak dapat nak sesuaikan, kita kena mansuhkanlah penggunaannya sebagai petunjuk untuk keluarkan hukum. Maka jelas sekali kata-kata tadi takkan dapat menjadi sekuat dalil-dalil Al-Quran yang cukup jelas dan tidak ada keraguan padanya.

Jadi dalam kita beristidlal (mengguna dalil), kita mesti kena ada dhawabit usul fiqh yang cukup. Jangan main naqal-naqal sahaja kemudian terus buat hukum, sedangkan hukum asal dah ternyata jelas dalam Al-Quran.

0 comments:

Post a Comment