Membangun Umat Beragenda

Monday, 30 September 2013

SELAMATKAH TANAH AIR INI DARI SERANGAN LIBERALISME DAN PLURALISME ?
Dari sedikit pemerhatian bahawa bibit-bibit biji benih fahaman itu sudah mula menular di kalangan golongan terpelajar dan pemimpin negara ini sekira-kira jika tidak disedarkan semula, ia akan membarah dan merosakkan hidup beragama umat Islam. Antara isu yang mula timbul di tanah air kita ialah seperti isu poligami, ketentuan sistem faraidh, gagasan agar al Quran dinilai semula dan diolah semula, merayakan perayaan-perayaan agama lain demi perpaduan kaum, mengkritik penguatkuasaan undang-undang moral di kalangan masyarakat, pembelaan terhadap penganut-penganut ajaran sesat atas dasar kebebasan memilih agama, penubuhan Interfaith Comission serta tuntutan-tuntutannya, desakan menggugurkan artikel 121(1A) Perlembagaan Negara dan lain-lain isu lagi.

Masyarakat dari segenap peringkat, dari penggubal dasar sehinggalah rakyat jelata perlu faham dan mengetahui bahawa gagasan Islam liberal dan pluralisme ini sebenarnya sangat asing dari kesejatian ajaran Islam itu sendiri.

CADANGAN DAN SARANAN
Terjahan serangan pemikiran ini mesti didepani dengan berani, berhikmah dan penuh strategi. Mungkin cadangan di bawah boleh diperincikan dalam muzakarah kita tahun ini.

  • Memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat terhadap keaslian Islam dan betapa palsunya fahaman Islam liberal dan pluralisme dan disokong padu oleh media massa. Kefahaman Islam sebenar perlu disebarluaskan kepada rakyat menerusi khutbah , seminar dan sebagainya.
  • Mengenalpasti organisasi yang mendukung fahaman ini dan mengajak mereka berdialog serta memperingatkan orang ramai tentang bahaya organisasi-organisasi berkenaan.
  • Memasukkan dalam silibus pengajian-pengajian di sekolah , masjid , surau dan kolej matapelajaran serangan pemikiran. Kolej Islam Darul Ridzuan boleh mengambil inisiatif ini.
  • Menubuhkan badan pemantau aliran fikiran asing yang menyusup masuk dalam masyarakat Islam yang dianggotai oleh ahli akademi dan ulama serta profesianal seperti badan Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization di Indonesia (www.insistnet.com) yang menyebabkan Jaringan Islam Liberal (JIL) tidak sewenang-wenangnya berbuat apa sahaja mengocak ketenteraman hidup beragama.

0 comments:

Post a Comment