‘Muslim Moderat’ Sebagai Senjata Freedom Agenda Pasca 9/11
RAND Corporation menyarankan agar pembuat dasar Amerika Syarikat mula membangunkan dan menyokong pelbagai usaha pembinaan rangkaian ‘Muslim Moderat’ ini di seluruh dunia. Menurut Dr Rabesa,
“… the building of moderate Muslim networks needs to become an explicit goal of U.S. government policy, with an international database of partners, a well-designed plan and “feedback loops” to keep it on track”.
Katanya lagi, Amerika Syarikat mempunyai peranan yang penting untuk membantu ‘Muslim Moderat’ ini sepertimana pengalaman kejayaan mereka semasa Perang Dingin.
“In both cases, policymakers recognized that the United States and its allies were engaged in an ideological conflict that had to be contested across diplomatic, economic, military and psychological dimensions”
Menurut laporan tersebut, salah satu cabaran Amerika Syarikat ialah mengenalpasti golongan ‘Muslim Moderat’ yang asli iaitu mereka yang mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan serta dipersetujui oleh demokrasi ala barat iaitu sokongan kepada hak-hak asasi manusia sepertimana yang disepakati di peringkat antarabangsa seperti persamaan gender, kebebasan beragama, penerimaan non-sectarian sources of law serta penentangan kepada keganasan. Menurut laporan tersebut, seseorang Muslim yang mungkin dilihat ‘Moderat’ tetapi jika pemikiran dan idea mereka masih tidak konsisten dengan nilai demokrasi ala barat di atas, ianya masih belum boleh digolongkan di dalam kategori ‘Muslim Moderat’ di atas. Sasaran kepada strategi ini pula melangkau sehinggalah ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.
“Instead of focusing on the Middle East, where most of the radical Islamic thought originates and is firmly entrenched, the report recommends reaching out to activists, leaders and intellectuals in Turkey, Southeast Asia, Europe and other open societies. The goal of this outreach would be to reverse the flow of ideas and have more democratic ideas flow back to the less fertile ground for moderate network-building of the Middle East.”
Laporan tersebut mengesyorkan lima kumpulan sasaran untuk ditumpukan oleh Amerika Syarikat iaitu (1) Akademia dan Intelektual Muslim Liberal dan Sekular
(2) Ulamak Muda Moderat
(3) Aktivis Masyarakat
(4) Kumpulan atau NGO Wanita yang berkempen ke arah persamaan gender dan
(5) Wartawan dan Cendiakawan Moderat.
Dalam konteks di Malaysia, pada tahun 2005, seorang tokoh politik negara pernah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Muslim Moderate of the Year 2005’ oleh Center for the Study of Islam and Democracy (CSID).
0 comments:
Post a Comment