Jiwa yang Beriman Itu Peka dan Sensitif
Sungguhpun begitu, waspadanya kita dalam mengkafirkan seorang muslim ini tidaklah menghalang dari kita melihat betapa teruknya penyelewengan berleluasa yang telah menimpa sebahagian besar orang-orang Islam di zaman ini. Memang benar… mereka itu orang Islam, tetapi, mereka telah karam di dalam maksiat dan darjat iman mereka menjunam ke taraf yang paling rendah.. jauh sekali dari tahap mulia !
Latarbelakang keadaan ini ada kisah panjang. Ia bermula dari saat-saat peluasan kuasa dan kesibukan pentadbiran yang secara beransur-ansur mengambil tenaga dan masa sahabat-sahabat Nabi saw yang terbaik. Selepas wafatnya Baginda saw, mereka mara memecut ke tengah-tengah medan meneruskan kerja mengembangkan dakwah dengan cemerlangnya. Bertebaran ke segenap pelusuk bumi laksana sinar matahari, membuka negara-negara baru, menghancurkan segala taghut, membawa rahmat ke seluruh dunia dan memimpin manusia ke syurga.
Di tahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasi pertama Islam yang unik itu. Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendur sedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.
Ketika itulah, muncul Umar bin Abdul Aziz, dilahirkan oleh Allah untuk umat ini. Dengan semangatnya yang sangat tinggi, beliau melihat sedikit saja penyelewengan dan meninggalkan jihad itu sebagai tanda awal terseleweng dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang rancak juangnya. Beliau berkata dengan nada dukacita :
”Aku ni sedang merawat satu masalah yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali Allah. Di atasnya telah mati orang tua, telah membesar orang yang kecil, orang Ajam telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu.”
Kalimah yang telah diucapkan khalifah Umar Ibnu Aziz dengan rasa dukacita yang sangat-sangat. Sedangkan pada masa itu, beliau mengambil kuasa yang menguasai seluruh bangsa-bangsa, kebaikan tersebar dengan baik dan secara umumnya umat masih berhukum kepada syariat Allah.
Ianya adalah rasa besar seorang mukmin terhadap dosa-dosa walaupun kecil, sedikit bid’ah, kezaliman yang ringan dan wujudnya petanda gaya hidup mewah.
Itulah jiwa mukmin yang sebenar yang terlalu sensitif terhadap erti-erti keadilan dan kezaliman, sunnah dan bid’ah, menyumbang dan berada dalam zon selesa.
Kerana itu, seorang mukmin itu sepatutnya sentiasa berusaha mencari yang lebih sempurna. Dia tidak akan memejamkan matanya atau mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan.
Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan!)
Selepas zaman pemerintahan Umar, berlalulah beberapa generasi. Islam didokong oleh pahlawan-pahlawan samada pemimpin dan reformis Islam. Tetapi pada waktu lain pula, berlaku juga kelekaan. Hinggalah tiba zaman hari ini kita dapati umat Islam telah dihancurkan oleh perancangan Yahudi dan negara-negara kafir. Kekayaan mereka dirampas, iman mereka lemah, neraca kehidupan mereka bertukar putar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga telah mendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang bertentangan langsung dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.
Sekiranya masih ada sakibaki iman dalam diri mana-mana muslim atau masih ada rasa sayangkan agama yang menyebabkan dia enggan meninggalkan agamanya, mereka akan menjadi korban pula kepada penipuan dan pelbagai topeng. Musuh berusaha supaya orang muslim ini akan terikut kepada ahli politik, sasterawan dan orientalis yang tidak memahami Islam. Mereka memperalatkan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang umum atau kadangkala dengan hadis-hadis maudhu’ yang dimanipulasi untuk mencipta sistem-sistem politik dan ekonomi yang didakwa atau dilabel sebagai sistem Islam tanpa langsung mengikut disiplin kaedah usul fiqh dan memenuhi syarat-syarat ijtihad.
Sebenarnya tribulasi orang Islam pada hari ini tidak hanya terbatas pada penguasaian pemimpin yang sesat sahaja, bahkan menjangkau kepada persoalan pendidikan. Korikulum pendidikan dan pelajaran, jawatan-jawatan di universiti, akhbar-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam. Hinggakan mangsa perangkap musuh ini merasa seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekolotan lama.
Orang Islam yang maksiat pada hari ini sebenarnya adalah mangsa pendidikan tersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya.
Itu semua adalah style perancangan jahiliah sejak dahulu lagi, diwarisi oleh taghut moden dari taghut sebelumnya, berasal usul kepada Firaun.
”Firman Allah S.WT. :
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
“Lalu Firaun memperbodoh (menyesatkan) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Kerana mereka itu memang kaum yang fasik.” (Az-Zukhruf 43:54)
Inilah tafsir yang betul terhadap sejarah. Hanya orang-orang yang fasik sahaja yang boleh diperdayakan oleh Firaun (lama atau moden). Orang yang beriman kepada Allah tidak akan dapat diperbodohkan oleh taghut dan tidak akan taat kepada perintah taghut.”
Begitulah, musuh-musuh Islam telah tahu vital-part yang telah diperkenalkan oleh Firaun. Mereka saling merancang untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam dalam lumpur seks, keji dan maksiat. Menjadikan masyarakat sentiasa sibuk dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akhirnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seks dan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat atau petunjuk dan kembali kepada agama.”
Itulah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan ballroom, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor ‘free-thinker’ dan menewaskan seni wira dengan seni hedonisma. Melalui pendidikan ini, mereka telah berjaya mengubah helang rajawali menjadi burung puyuh sebagaimana yang dikatakan oleh Iqbal….
“Ianya adalah seni dan proses penjinakan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin sesat tersebut....iaitu seni:
- merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’
- menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
- mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu
- lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
- mereka tidurkan kita dengan iramanya
- dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”
Manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan.
Secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak suka kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.
Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.
Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orangramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka.”
Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut
Konspirasi ‘penjinakan’ itu memerlukan usaha menekan kesemua da’i Islam. Ia dibuat agar suara mendidik dan seluruh media massa dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang kononnya hebat dari segi akademik dan sastera. Suara mereka disadurkan melalui pelbagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza.
Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa itu dididik supaya tunduk kepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Mereka padamkan sejarah kehebatan umat Islam terdahulu serta dihapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh dan panduan amal untuk generasi baru muslim kini.
Itulah kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal:
Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan or¬ang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
tetapi semuanya sependapat dengan satu target:
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.
Ianya telah berlaku.
Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mengasuh anak anak singa Islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam samada para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.
Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!
Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam…!
Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembira menjadi hamba.
Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang kita dapat lihat sekarang terdapat sesetengah orang ikhlas yang lebih cenderung untuk beruz1ah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam.. tidak lain melainkan kesan daripada pendidikan tersebut dan tanda efektifnya perancangan ini.
Ianya bukanlah suatu yang pelik. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam itu sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka berjaya meyakinkan majoriti orang Islam bahawa perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).
Ketika itu, bermulalah fasa kedua musuh-musuh Islam. Berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah!
0 comments:
Post a Comment