TETAPNYA KENABIAN MUHAMMAD S’A.W.
Tujukanlah pandangan anda kepada masa sebelum 1400 tahun yang lalu dalam perjalanan sejarah perkembangan manusia. Pada masa itu anda tiada akan menjumpai telegram, radio, keretapi, mobil, dan tidak juga percetakan. Pada masa itu tiada terbit akhbar, majalah, kitab-kitab tiada tersebar, dan tidak didapati kemudahan perlawatan Seperti yang kita jumpai pasa masa ini. Setiap orang yang hendak pergi melawat dari satu rantau ke rantau yang lain akan menghabiskan waktu berbulan-bulan lamanya. Dan Negeri ‘Arab pada masa itu seolah-olah kawasan yang terasing daripada kawasan dunia lainnya. Benar, memang disekitarnya terbentang negeri-negeri Parsi, Rumawj dan Mesir. Tetapi gunung dan gurun-gurun yang melingkunginya telah memutuskan Negeri ‘Arab daripada semua negeri ini.
Benar, para pedagang ‘Arab telah pergi berniaga ke negeri ini di atas belakang unta-unta mereka. Mereka menghabiskan waktu berminggu-minggu dan berbulan-bula untuk menjelajahi negeri-negeri itu. Akan tetapi matlamat dan maksud perlawatan ini adalah berjualbeli berbagai benda.
Adapun Tanah ‘Arab sendiri, negeri itu tidak mengenal tamaddun yang tinggi. Padanya tidak ada sekolah, tidak ada perpustakaan, tiada penyebaran ilmu dan pengajaran di antara manusia. Mereka yang tahu membaca dan menulis dapat dihitung dengan jari. Dan pengetahuan mereka akan tulis-bacaan itu belum dapat menolong mereka menyedut ilmu pengetahuan yang ada di luar negeri mereka pada masa itu. Pada mereka tiada pemerintah yang mengambil berat atas persatuan tiada undang-undang yang memerintah dan melarang. Setiap kabilah adalah kelompok yang berdiri sendiri.
Mereka memaksa manusia. Mereka merampas harta manusia dengan bebasnya. Mereka menumpahkan darah di dalam perang saudara yang berlaku sepanjang zaman. Mereka tidak menghargai jiwa manusia. Jika ada saja sedikit alasan mereka akan membunuh sesamanya dan mereka kuasai hartanya. Mereka tidak disentuh oleh tamaddun. Kejahatan, perbuatan mungkar, arak dan judi adalah permainan di pasar-pasar Mereka sebarkan kejahatan di antara mereka tanpa malu segan, sehinggakan perempuan mereka melakukaf tawaf di Baitullahi-Haram dengan berbogel. Mereka tiada mengenal haram dan halal. Mereka hidup begitu bebas sehingga tidak terikat kepada sesuatu kaedah. Tidak terikat kepada undang-undang dan tidak kepada norma-norma budi pekerti. Mereka enggan patuh dan tunduk kepada seseorang pemerintah. Tambahkanlah kepada ini semua, bahawa kejahilan telah menghunjamkan akarnya di tengah-tengah mereka. Mereka mengibadati berhala dan sujud kepadanya. Apabila mereka melawat dan singgah di sesuatu tempat, dan mereka jumpai di situ batu yang indah, mereka mengambilnya dan menjadikannya tuhan untuk diri mereka, lalu mereka tunaikan hajat beribadat dan mereka sujud kepadanya. Maka, kuduk yang enggan tunduk kepada seseorang manusia, menundukkan diri kepada batu-batu dan berhala-berhala. Mereka sangka batu-batu ini boleh menunaikan keperluan mereka, dan boleh memastikan terujudnya cita-cita dan harapan mereka.
Di tengah-tengah kaum yang serupa ini, yang hidup dalam keadaan semacam ini dilahirkanlah seorang anak yang telah kematian ayah sebelum ia lahir. Kemudian ibunya pula meninggal dan juga datuknya tatkala ia masih kecil. Ia mendapat pendidikan tidak sebagaimana mestinya jika ibu bapanya ada, justru di dalam keadaan yang amat diperlukan seperti itu. Pada waktu kecil ia menggembala kambing seperti teman-teman sebayanya anak-anak ‘Arab yang lain. Tatkala ia menjadi pemuda ia melakukan pekerjaan berniaga. Dan tiadalah majlisnya, pergaulannya dan lingkungannya melainkan dengan orang-orang ‘Arab, orang-orang yang telah kita perkatakan hal-ehwalnya. Ia buta huruf, tiada mengenal baca dan tulis. Tetapi adatnya, akhlaqnya, sikap dan fikinannya amat berlainan dengan adat, akhlaq, sikap dan fikiran kaumnya. Ia tidak pernah berdusta jika berkata. Ia tiada pernah menyakiti seseorang dengan tangan atau dengan lidahnya. Kelakuannya lemah-lembut. Sikapnya halus. Bahasanya indah. Pada kali pertama orang berjumpa dengannya nescaya orang mengasihinya dan bersimpati kepadanya. Ia tiada pernah mengambil sesuatu dan seseorang dengan jalan yang tidak baik meskipun ia miskin. Ia bersifat sangat-sangai amanah, benar dan suci. Ia menjadikan banyak anak-anak kaumnya mempercayakan kepadanya harta mereka yang berharga. Mereka pertaruhkan harta itu kepadanya sendiri. Seluruh manusia percaya akan ucapannya. Mereka percaya akan amanahnya. Dan inilah yang mendorong mereka untuk memberinya gelar Al-Amin (orang kepercayaan — pent.)
Ia pemalu, tiada dibukanya badannya di hadapan orang lain setelah usianya mencapai remaja. Jiwanya murni, ia segera menjauhi kejahatan dan kekejian meskipun ia dilahirkan di tengah-tengah dan bergaul sepanjang hayatnya dengan orang-orang jahat dan keji. Ia pembersih dan kemas dalam setiap kerjanya. Hatinya suci. Hatinya sakit ketika dilihatnya kaumnya menggagahi manusia dan menumpahkan darah. Ia mengusahakan perdamaian di antara sesama mereka manakala api peperangan dan pertempuran mulai hendak berkobar. Ia pengasih, penyayang dan lembut kelakuannya. Ia berbahagi penderitaan dengan mereka apabila cubaan datang menimpa Ia menolong anak yatim dan janda. Ia memberi makan orang kelaparan. Ia menjamu para musafir. Dimuliakannya mereka dan dihindarkannya kesusahan dan kesukaran dan mereka. Hatinya cerdas. Fitrahnya cerah.
Ia membenci pengibadatan berhala dan patung-patung meskipun ia mempergauli kaum yang keberhalaan telah menjadi fitrahnya yang kedua dan menjadi agama yang dipusakai dan nenek moyang dulu dulu. Kepalanya tiada tunduk kepada suatu makhluk apa juga, kerana seolah-olah hatinya mengatakan bahawa tiap tiap yang ada di bumi dan di langit tiada berhak diibadati. Dan bahawa bagi Allah yang esa tiada dan tidak mungkin mempunyai sekutu. Maka bersinar-sinarlah lelaki itu di antara kaumnya yang jahil, seperti bersinarnya permata mulia tengah-tengah batu yang banyak, atau seperti bersinarnya lampu di tengah kegelapan malam.
Setelah ia hidup di antara kaumnya secara bersih dan terhormat, sampailah umurnya empat puluh tahun, terasa sempit di tempat yang gelap, seolah-olah tekanan datang dan segenap pihak. Ia hendak lepas daripada lautan kehayalan yang dalam, daripada kekelamkabutan, daripada keruntuhan akhlaq dan amal, daripada syirik dan keberhalaan. Pada semua itu tiada dijumpainya sesuatu yang sesuai dengan fitrahnya. Ia pun keluar dan Makkah. Dihabiskannya hari-hari yang panjang di alam penyendirian dan sunyi sepi. Dibersihkannya jiwa dan kalbunya dengan beribadat pada malam hari, menjauhi berhala dan mengalami lapar. Ia bertekun mencari cahaya yang akan memecah kegelapan pekat yang melingkupi kaumnya. Ia menghendaki sesuatu yang dengannya akan diperbaikinya dunia yang penuh dengan dorongan kekotoran, kebinasaan dan kekelamkabutaan.
Di sana, berlakulah perubahan keadaannya. Hatinya disinari cahaya yang memancar daripada nur yang dirindui oleh fitrahnya. Dan penuhlah ia dengan kekuatan yang belum pernah datang kepadanya sebelum itu. Maka keluarlah ia dan kesepian gua, datang kepada kaumnya dan menyeru mereka: Bahawa sesungguhnya berhala yang kamu sembah itu dan yang kamu bersimpuh di hadapannya tidak memberi mudrat dan tidak membeni manfa’at kepada kamu. Tinggalkanlah patung-patung itu.
Bahawa bumi, bulan, bintang bintang dan segala kekuatan yang ada di langit dan di bumi, tiada diciptakan melainkan oleh Allah sendiri. Ialah yang menciptakan kamu. Ialah yang memberi kamu rezki. Ialah yang mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu. Jangan kamu mengabdi kepada selainNya. Dan jangan kamu minta tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu minta tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu menuntut keperluan kamu melainkan daripadaNya. Dan adalah dosa perbuatan mencuri, merompak, melakukan kekejian, minum arak dan main judi. Hentikanlah perbuatan-perbuatan itu. Hendaklah benar dalam berkata dan jujur dalam berbuat. Berlaku adilah kamu.
Jangan kamu membunuh manusia melainkan secara hak. Jangan gagahi harta manusia. Jangan kamu ambil sesuatu dan jangan kamu beri seseorang melainkan dengan cara yang hak. Kamu semua adalah manusia. Dan manusia semuanya sama. Kemuliaan dan kelebihan bukan dicapai dengan keturunan, dengan warna kulit, dengan pakaian, dan tidak pula dengan harta dan kekayaan.
Kemuliaan dan kelebihan hanya dapat dicapai dengan taqwa, berbuat baik dan kebajikan. Barangsiapa yang berbuat baik bertaqwa kepada Allah dan mencegah dirinya daripada kejahatan, maka dialah yang mulia dan yang sempurna kemanusiaannya. Dan siapa yang tidak demikian maka ia tidak sedikitpun memiiki kemuliaan dan kelebihan, dan tiada tempat baik baginya diakhirat. Semua kamu akan dihimpunkan di hadapan Tuhanmu selepas kehidupan kamu di dunia ini. Tiada syafa’at, persahabatan dan rasywah boleh memberi manfa’at kepada kamu di hadapan mahkamahNya yang adil. Jangan kamu kemukakan keturunan kamu di hadapanNya. Yang memberi manfa’at kepada kamu di sa’at itu hanyalah iman dan amal salih kamu. Setiap orang mu’min di antara kamu yang beramal salih akan masuk jannah, dan siapa yang tidak berbuat demikian akan memperoleh kerugian yang nyata dan akan menjadi penghuni neraka.
Tetapi kaumnya mulai menyakitinya. Bukan kerana sesuatu melainkan kerana ia telah merendahkan resam jahiliyyah yang diwarisi dan datuk nenek, dan kerana dicegahnya manusia daripada mengibadati berhala dan patung-patung, kerana diserunya mereka menyerahkan din kepada Allah sendirinya. Kerana itulah mereka siksa dia, mereka maki, mereka hinakan dan mereka lontar dia dengan batu, mereka cekik lehernya, mereka cadangkan membunuhnya. Dan sentiasalah mereka meningkatkan siksaan demi siksaan ke atasnya. Sehingga terpaksalah Nabi s’a.w. berhijrah dan kampung halamannya setelah tiga belas tahun berjuang. Meskipun demikian, mereka tidak juga menghentikan pengkhianatannya. Dan sentiasa mereka menimpakan penderitaan dan penekanan ke atasnya di negeri tempatnya pergi meski pun ia telah meninggalkan kampung halamannya.
Mengapakah hamba yang salih ini tahan menanggung semua penderitaan dan musibah yang ditimpakan oleh kaumnya, dan bersabar atas segalanya? Ini dialaminya kerana ia hendak mengajar mereka jalan haq lagi lurus. Mereka telah mencabarnya untuk menjadikannya raja ke atas mereka.
Atau mereka himpunkan baginya harta, sehingga orang lain akan memilih menjadi kaya dengan meninggalkan pekerjaan menyeru manusia kepada Allah. Tetapi, ia menolak semua itu dengan sungguh-sungguh. Ia enggan melainkan meneruskan perjuangan da’wahnya. Apakah mungkin ada di dunia seorang lelaki yang lebih baik, lebih benar dan lebih mulia daripada Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam?
Sesungguhnya, ia tidak menahankan semua kepedihan dan kesakitan ini untuk dirinya sendiri, tetapi untuk kebaikan hamba Allah yang lain. Mereka melontarnya dengan batu dan menyumpahnya dengan kata-kata kotor tetapi ia tidak mendo’akan mereka melainkan dengan kebaikan.
Kemudian, berfikirlah sedikit mengenai perubahan besar yang berlaku selepas beliau keluar dari gua. Adapun perkataan yang disampaikannya kepada manusia adalah perkataan yang indah, penuh kefasihan dan tinggi nilai kesusasteraannya, sehingga tidak seorang pun sebelum dan sesudahnya sanggup membuat seperti itu. Seperti anda ketahui, orang ‘Arab itu berbangga dengan sya’ir, pidato dan kefasihan berucap. Maka Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam mencabar mereka untuk menyusun satu surat yang bernilai sama dengan kalam Tuhan yang disampaikannya. Ia membuat mereka menjadi lemah, kepalanya terkulai, kerana tiada sanggup menyusunnya. Yang lebih mengherankan lagi ialah, bahawa lisan yang dipergunakannya dan yang dengannya diucapkannya perkataannya sendiri dan pidato-pidatonya kepada manusia tidak dapat menandingi lisan kalam Allah dalam nilai kesusasteraan dan kefasihannya. Jika anda membuat perbandingan antara kalam Allah dengan khutbah Nabi, dengan hadith dan perbualannya dengan manusia, nyatalah bagi anda adanya perbedaan yang terang dan jelas antara keduanya.
Telah teranglah, lelaki yang ummi ( tak tahu tulis-baca.-pent.) ini — s.a.w. — yang dilahirkan dan tinggal sepanjang hayatnya di gurun pasir di kalangan mereka yang buta huruf, mengemukakan hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat yang tidak pernah diucapkan oleh seorangpun sebelumnya, dan tiada sanggup seorangpun bercakap demikian sesudahnya. Bahkan manusia tidak pernah mendengarnya dan lidah lelaki itu sendiri sebelum beliau mencapai usia 40 tahun.
Demikian juga, lelaki yang ummi ini — s.a.w. — telah melahirkan undang-undang mengenai akhlaq, masyarakat, politik, dan mengenai seluruh perilaku kemanusiaan, yang membuat para ‘ulama’ yang handal-handal dan para failasuf yang besar-besar hampir-hampir tiada memperoleh hikmah dan rahsianya meskipun mereka mempunyai pandangan jauh dan pengalaman hidup, melainkan setelah menghadapi banyak kesukaran. Bahkan, sampai kepada masa yang akan datang pun masih banyak lagi akan tersingkap hikmah dan maksud undang-undang yang dibawanya itu, mengikut kadar penyelidikan mereka sepanjang perjalanan zaman.
Lelaki yang ummi ini telah mengeluarkan undang dan lebih dan tiga belas kurun yang lampau. Tetapi, sampai dewasa ini tiada dijumpai satu tempat pun yang perlu kepada perubahan dan penukaran pandangan, atau sesuatu yang mungkin dihilangkan atau digugurkan dan tempatnya.
Dibanding dengan undang-undang ciptaan manusia, ia dicipta kan berkali-kali dan dipinda berkalikali. Dalam masa dua puluh tiga tahun yang singkat, banyak seteru yang tadinya menentang beliau, berpakat hendak membunuhnya, dan sentiasa berusaha menyakitinya, menjadi kawan-kawan yang setia kepadanya sampai kepada jiwanya sekali. Semua ini boleh berlaku adalah kerana kelebihan akhlaqnya, kemuliaannya, kehormatannya dan pengajarannya yang agung. Telah berdiri di hadapannya orang kuat, besar dan gagah, maka dipecahkannya kumpulannya dan jadilah orang kuat itu kecil di hadapannya. Dan tatkala ia ménang ke atas mereka, ia tiada mendendam kepada sesiapapun. Bahkan mereka diperlakukannya dengan baik kerana sifat kelebihannya, kemuliaannya dan kemurahannya. Diampunkannya orang yang membunuh bapa-saudara dan saudara sesusunya, Hamzah bin ‘Abdul Muttalib, yang mereka koyak perutnya dan mereka kunyah jantungnya.
Dilimpahkannya keampunan dan kema’afan melingkupi orang-orang yang telah melemparinya dengan batu dan yang telah mengusirnya dan kampung halamannya. Ia tiada menipu sesiapa. Ia tiada memecahkan janji. Dan ia tiada menganiaya manusia dalam peperangan. Yang demikian itu dibuatnya ketika musuh musuhnya menuduhnya berkhianat, aniaya dan memecahkan janji. Dalam keadaan sedemikian, tanpa mengharap balas ia berjuang untuk mengeluarkan mereka — dengan pengajaran dan petunjuknya — daripada kelam kejahilan dan keburukan. Dijadikannya mereka ummat yang bersatu terikat dalam peraturan dan organisasi. Orang ‘Arab yang dulunya tidak pernah terikat kepada undang-undang dijadikannya suatu ummat yang benar-benar mematuhi peraturan dan undang-undang yang tiada dijumpai tandingannya dalam sejarah dunia. Mereka yang tidak pernah mahu tunduk kepada perintahnya, dijadikannya tunduk kepada negara besar yang untuknya mereka bersedia mengorbankan nyawa dan hartanya. Mereka yang tidak sedikitpun berakhlaq dan beradab dimurnikannya adab mereka dan dihaluskannya akhlak mereka, sehingga dunia hari ini menunjukkan keheranann tatkala membaca peristiwa dan keadaan mereka dalam kitab kitab sejarah. Mereka yang tadinya merupakan ummat rendah dan lemah, berkat kesan pengajaran dan da’wah lelaki ini lebih kurang 23 tahun lamanya, telah mencapai kekuatan yang menggetarkan Negara Parsi, Romawi dan Mesir. Maka berdirilah mereka mengajar dunia tentang kemuliaan, kemajuan, akhlaq dan kemanusiaan. Dan bersebarlah mereka pelusuk-pelusuk Asia, Afrika dan Eropah menyebarka ajaran Islam dan syari’ahnya.
Itulah dia kesan-kesan yang ditinggalkan oleh tokoh ummi s’a.w. di dalam diri bangsa ‘Arab. Adapun apa yang dilakukan oleh ajaran ini ke dalam diri seluruh bangsa-bangsa di bumi sesungguhnya lebih banyak lagi daripada ini lebih menunjukkan keajaiban. Ia telah menimbulkan revolusi besar kepada pemikiran penduduk bumi, dan kepada kebiasaan serta undang-undang mereka.
Apabila anda tujukan pandangan ke arah mereka menolak mengikutinya, mereka yang menyalahi perintahnyq dan mereka yang menzahirkan perseteruan terhadapnyq lebih-lebih lagi daripada mereka yang mengikutinya dan menjadikannya contoh bagi diri mereka, anda jumpai mereka ini tiada sanggup mempertahankan diri daripada terkesa oleh pengajaran lelaki ini.
Ketika dunia telah lupa mengesakan Tuhan datang tokoh ummi — s’a.w. — mengingatkan mereka semula, sehingga agama penyembah berhala dan musyrikin pada hari ini tidak jauh daripada anutan mentauhidkan Allah Ta’ala. Demikian juga, dasar-dasar akhlaq dan adab yang diajarkannya kepada manusia adalah sangat kuat, sehingga memberi kesan dan sentiasa memberi kesan kepada akhlaq dan adab seluruh bangsa-bangsa di dunia. Demikian juga dasar-dasar yang telah diletakkannya dalam undang-undang, politik, tamaddun dan kemasyarakatan, berkenaan dengan kesalahan, kebenaran dan kerapian, menjadikan pihak lawan dan orang yang mengingkari kebenaran ucapannya, mengambil faedah dan mencuri daripadanya, bahkan mereka sentiasa mengambil faedah dan mencuri daripadanya sampai kepada hari ini.
Sebagaimana kami terangkan terdahulu, lelaki ini tidak muncul melainkan beserta fitrah, di tengah-tengah suatu ummat yang telah tenggelam di dalam kejahilan dan kegelapan. Pekerjaannya sampai umur 40 tahun hanyalah menggembalakan kambing atau berniaga. Ia tiada mendapat pengajaran dan pendidikan. Bagaimanakah boleh berkumpul padanya sifat-sifat kesempurnaan dengan sekali gus selepas umurnya sampai 40 tahun? Dan manakah datang kepadanya pengetahuan dan ilmu? Dan manakah diperolehnya kekuatan yang luar biasa?
Anda lihat dia menjadi pemimpin yang tiada tandingannya di kalangan pemimpin-pemimpin tentera. Anda lihat dia menjadi hakim yang mahir di antana hakim-hakim. Anda lihat ia pencipta undang-undang yang luarbiasa di antara penggubal-penggubal undang-undang. Ia seorang failasuf yang handal di antara para failasuf, pembangun akhlaq dan tamaddun yang menonjol di antara pembangun-pembangun lainnya, ahli politik yang bijak di antara tokoh-tokoh politik semasa.
Kemudian, anda saksikan pula ia menyembah Tuhannya beberapa jam yang panjang pada waktu malam meskipun banyak melakukan pekerjaan penting pada siang harinya Demikian juga, anda lihat ia menunaikan hak-hak isteri isterinya, anak-anaknya dan teman-teman sepergaulann Ia berbakti kepada fakir dan miskin. Dibantunya orang-orang yang berhajat dan anak-anak yatim. Ia tiada hidup melainkan mengikut cara orang fakir meskipun ía boleh mendapat harta yang banyak. Ia tidur di atas tikar. Ia memakai kain kasa Ia memakan daging keras. Bahkan, kadang-kadang berhari-hari beliau tiada makan apa-apa.
Selepas beliau melakukan perkara-perkara besar ini andaikata ia mengatakan kepada manusia: “Aku tidak seperti kamu, aku lebih tinggi daripada jenis nescaya tak seorangpun manusia yang mendustakannya menolak dakwaanya itu. Tetapi beliau tidak berkata demikian. Beliaupun tidak mengatakan bahawa perkara-perkara yang luarbiasa ini lahir dan dirinya sendiri. Bahkan beliau sentiasa berkata: Bahawa tiada satupun perkara istimewa itu lahir dan diriku; segala-gala yang ada padaku adalah bagi Allah dan datang daripada Allah; dan bahawa perkataan yang aku sampaikan kepada kamu ini, yang jin dan manüsia tidak sanggup membuat sepertinya bukan datang dan diriku seni ia bukan buah fikiranku dan bukan natijah semulajadiku bahkan ia adalah kalam Allah, segala kelebihan hendaki dikembalikan kepada Allah sendiriNya; dan setiap amal yang kulakukan bukanlah danipada kemampuan peribadiku tetapi Allah Ta’alalah yang telah menyetujuiku berbuat demikian; aku tidak akan berbuat sesuatu dan aku tidak mengatakan sesuatu melainkan sekadar apa yang disuruh kepadaku oleh Tuhanku.
Kemudian, cuba anda katakan kepadaku: Mengapa kita tidak beriman kepada orang benar seperti ini, dan tidak percaya bahawa dia adalah Nabi yang diutus dan sisi Allah Ta’ala? Cuba anda perhatikan perkara-perkara ini. Pada satu pihak: Sebelum dan sesudahnya, kemanusiaan tiada mendapat kehormatan dengan kedatangan seorang lelaki yang seumpama dalam kebenaran dan amanahnya. Pada pihak lain: Ia tidak berbangga dengan apa yang disebarkannya. Ia tidak mencari pujian ke atas dirinya dengan mengatakan bahawa yang diperbuatnya itu timbul dan pihak dirinya. Ia memulangkan semuanya kepada Allah yang telah mengurniai nya kemuliaan.
Selepas itu, mengapakah tidak kita benarkan apa yang dikatakannya? Mengapa kita dustakan ketika ia berkata: Bahawa segala kemampuan dan sifat kesempurnaan ini seluruhnya datang daripada Allah; dengan mengatakan kepadanya: Bahawa semua itu datang dan dirimu dan tumbuh dan otak dan fikiranmu!
Bahawa lelaki yang benar dan dipercayai itu enggan mengakui bahawa segala kebaikan yang didatangkan kepadanya dan diperbuatnya berasal dan dirinya sendiri, sedangkan ia dapat mengakuinya dengan mudah, kerana tiada seorang pun tahu darimana sumbernya. Andaikata ia mendakwa bahawa ia memiiki keperibadian lebih tinggi daripada manusia umum, tiada seorangpun yang sanggup membantah dakwaannya itu. Adakah manusia lain yang lebih benar daripada lelaki ini, lebih dipercayai dan lebih suci?
Amboi! Tokoh yang benar ini ialah junjungan dan Penghulu kita Muhammad ibnu ‘Abdullah s’a.w. Kebenarannya adalah dalil bagi keNabiannya. Sesungguhnya amalnya Yang mulia dan akhlaqnya yang tinggi, segala yang berlaku dalam kehidupannya yang baik itu, semuanya disebutkan dalam kitab-kitab sejarah, ternukil di dalamnya. Setiap yang membacanya dengan kalbu yang sihat, orang yang hendak mencari yang hak dan kebenaran, tanpa sangsi hatinya menyaksikan bahawa beliau — s.a.w — adalah Nabi diutus dan sisi Allah Ta’ala. Dan bahawa kalam yang disampaikannya kepada kaumnya adalah Al-Qur’anu’ Al-Karim yan kita baca sekarang ini. Setiap orang yang membacanya dengan hati terbuka dan memahami maknanya mesti mengakui bahawa ianya adalah kitab yang diturunkan daripada Allah Ta’ala. Dan bahawa tiada seorangpun manusia yang boleh mendatangkan yang seperti itu.