Membangun Umat Beragenda

Wednesday, 13 November 2013

TAAT KEPADA NABI
Apabila anda mengenal bahawa seorang lelaki itu adalah Nabi yang benar daripada Allah Ta’ala, wajiblah anda menta’ati setiap suruhan ataupun larangannya. Bahawa di antara yang ditolak oleh akal manusia yang umum ialah anda percaya keNabian seseorang tokoh tetapi anda tidak mematuhinya.

Tiada erti bagi kepercayaan anda mengenai keNabiannya melainkan apabila anda beriman bahawa ia tiada memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, bahawa ia tidak mengatakan Allah, bahawa ia tidak melakukan sesuatu melainkan meng ikut keridhaanNya. Maka sekarang, setiap yang anda ucapkan dan amalkan jika bersalahan dengan ajaran Nabi, ucapan dan perbuatan anda itu adalah bertentangan dengan Allah sendiri. Dan apa yang bertentangan dengan Allah sentiasa ia bukan yang benar.

Yang lazim timbul daripada keimanan anda akan Nabi ialah anda menta’atinya dengan sempurna tanpa kecaman atau membeku. Anda mestilah ta’at dalam setiap suruhannya dan setiap larangannya, sama ada memhikmah dan faedah yang terkandung di dalam perintah dan larangan itu ataupun tidak. Seluruh yang dibawanya semata-mata datang daripada Allah. Itu telah merupakan saksi yang maha besar tentang kebenaran dan tentang pengandungannya akan semua hikmah dan faedah.

Apabila anda tidak memahami hikmah demi hikmah dan faedah demi faedah yang terkandung di dalamnya, ini bukanlah suatu aib bagi kesuciannya, tetapi ia lahir daripada kelemahan atau kekurangan anda dalam daya faham anda. Adalah nyata, jika seseorang tidak mahir dalam sesuatu bidang pengetahuan dan tidak dapat memahami butir-butirnya yang kecil atau hampir tidak tahu, orang itu adalah sangat buruk apabila ia menolak perkataan seorang yang mahir kerana semata-mata hampir tidak dapat difahaminya atau ia tidak mengerti hikmah dan faedah yang terkandung di dalamnya.

Setiap perkara di dunia ini berhajat kepada tokoh yang mahir di dalam bidang perkara itu, yang melingkupi butir butir terperinci. Dan manakala manusia menjumpai tokoh mahir seperti itu, mereka bertumpu kepadanya, mereka benarkan dia dan mereka berpegang kepadanya, mereka tidak mengecam apa yang dikatakannya, mereka tidak menggangu perbuatannya, kerana tidak mungkinlah semua orang yang mahir dalam semua bidang ilmu dan pengetahuan sanggup memahamkan semua urusan dunia. Maka yang wajib anda tumpukan kekuatan akal dan faham anda ialah menentukan tokoh yang mahir. Jika anda menjumpanya dan anda mempercayai kemahirannya, anda wajib memegangnya dengan sungguh-sungguh dan anda tidak menentang perbuatannya dengan kecaman dan tidak menyalahkannya mengikut pendapat anda.

Adalah suatu kejahatan jika anda berkata kepadanya: Aku tidak mempercayai engkau, dan aku tidak percaya akan kemahiranmu melainkan apabila engkau jadikan aku mengetahui kandungan perbuatanmu, mengetahui hikmah dan faedahnya.

Pernahkah anda menyerahkan kes anda kepada peguam bela pada waktu anda dihadapkan di hadapan mahkamah? Katakanlah kepadaku, tidakkah peguam ini akan mengusir anda dan pejabatnya apabila anda mengganggu pekerjaannya dengan campurtangan ke dalam urusannya?

Demikian juga, katakanlah kepadaku, tidakkah doktor menolak mengubati anda jika anda minta daripadanya ke terangan mengenai semua seluk beluk penyakit anda?

Demikian jugalah perkara ugama. Anda berhajat akan ilmu Allah dan pengenalan jalan yang benar untuk melalui hidup anda sesuai dengan keridhaanNya. Tetapi bagi anda sendiri tiada jalan untuk mencapai ilmu ini dan mengenal jalan ini. Oleh kerana itu kewajipan anda sekarang ialah anda cari semua itu dan Nabi Allah yang benar. Dan dalam mencari ini anda gunakan semua kekuatan akal, pandangan, faham dan kebijaksanaan yang telah dikurniakan Allah kepada anda. Kerana apabila tokoh itu bukan Nabi yang diutus oleh Allah Ta’ala ia akan menyesatkan anda daripada jalan yang benar, dan membawa anda melalui jalan yang terpesong. Tetapi apabila — selepas pembahasan, penyelidikan dan pengujian — anda yakin bahawa tokoh itu adalah Nabi yang diutus dan sisi Allah Ta’ala, maka wajiblah anda berpegang teguh kepadanya, dan menta’atinya dengan sempurna dalam setiap suruhan dan larangannya.

0 comments:

Post a Comment